in ,

Tips Fesyen Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R

Kongsi Tips Berfesyen Ala Artis Popular Dalam Program Majalah Planet R Di TVi

Ingin mengetahui tips berfesyen ala artis kesayangan anda tanpa perlu mengeluarkan bajet yang mahal? Kongsikan juga hobi artis yang dapat mendatangkan sumber pendapatan sampingan yang dapat mendorong motivasi terutama di kalangan remaja.

Menemui penonton saluran TVi, RTM menyiarkan sebuah program majalah terbaharu, Planet R untuk generasi muda yang padat dengan informasi tentang fesyen, hobi yang dapat memberi panduan berguna kepada remaja Malaysia.

Setiap episod program ini yang menemui penonton mulai 10 Jun ini, setiap Ahad, jam 11.30 malam akan memaparkan informasi menarik dan terkini tentang kehidupan remaja daripada segenap aspek agar dapat memberi panduan dan inspirasi kepada remaja di luar agar menjalani kehidupan yang sihat.

Program yang menampilkan pelakon cantik, Linda Hashim ini merangkumi segmen-segmen menarik iaitu Bajet Fesyen, Intai-Intai, Hobi & Ringgit dan Temubual Remaja turut dimuatkan di dalam program ini.

Segmen Bajet Fesyen menampilkan seorang perunding fesyen yang diundang iaitu Azlia yang menerangkan cara- cara bagaimana untuk berfesyen seperti artis tetapi menggunakan bajet yang murah. Selain dari itu seorang model juga akan tampil dengan menggayakan dua fesyen pakaian ala-ala artis tersebut. Antara gaya artis yang dipilih adalah Yuna, Liyana Jasmay, Stacy, Aril, Sazzy Falak, Anna Rafali dan Adam. Juga tidak ketinggalan artis antarabangsa Wonder Girls, Justin Bieber dan Miley Cyrus.

Dalam segmen Intai-Intai pula, Planet R merakamkan hobi seorang artis termasuklah penyanyi dan penari, Sabhi Saddi iaitu bekas anggota kumpulan Esdeco yang gemar menari dan menyanyi dalam menghabiskan waktu senggangnya. Menyusul kemudiannya Kumpulan P.O.P (bermain boling), Dr Faiz Khalid (aktiviti lasak, rock climbing), Khai (bermain golf), Tuah Iskandar dengan aktiviti masa lapangnya dengan berenang.

Seterusnya, dalam segmen ‘Hobi & Ringgit’ memperkenalkan kumpulan yang baru meningkat naik iaitu kumpulan The Scientist, Air Brush, Keena Mentor yang membuat perhiasan dengan rekaan tersendiri untuk menghiasi sarung telefon, bidang perniagaan iaitu menjual tudung dan mereka fesyen tudung dan telah membuka satu laman perniagaan online. Tidak ketinggalan Bell Ngasri yang berkongsi hobinya dalam bidang rekaan dalaman selain mengetengahkan seorang remaja yang menjalankan perniagaan menjual kristal.

Planet R diakhiri dengan temubual “vox pop” bersama remaja dengan bertanyakan soalan antaranya, Tahukah Anda Tentang Rukunegara?, Siapakah Perdana Menteri Kita Yang Di Gelar Bapa Pembangunan?, Siapakah Pencipta Jalur Gemilang ?, Namakan Siapa Tokoh Negara?, Di Manakah Terletaknya Daerah Tenom ? dan Siapakah Nama Menteri Penerangan?.

Kongsikan program menarik ini hanya di TVi.

Program Planet R ... hibur penonton TVi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uniqlo Lancar Peraduan UNIQLOOKS Malaysia

TV3 Anjur Opening Viewing Party EURO 2012 Poland VS Greece