in

Tiket RM95 & RM550 Konsert Linkin Park Habis Dijual

[dropcap]T[/dropcap]iket bagi menyaksikan konsert Linkin Park, ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013 bernilai RM95 (M3) dan RM550 (The Pit) telah habis dijual sekaligus menjadi petanda bahawa kumpulan muzik terkenal itu sudah bersedia untuk menghiburkan peminat mereka dari Malaysia dan luar negara menerusi konsert yang bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 19 Ogos depan, jam 8 malam.

Linkin Park Picture

[pullquote align=”right”]Tiket Linkin Park ‘Living Things’ World Tour Live Di Malaysia 2013 Bernilai RM95 dan RM550 Habis Dijual[/pullquote]

Konsert ini dianjurkan oleh The WonderLand+ dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebahagian dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Dengan kehadiran kumpulan muzik rock terkenal ini serta bersempena dengan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014, konsert ini bakal menjadi tarikan besar di dalam negeri dan negara-negara serantau. Dengan masa yang terhad di Asia, kumpulan ini khususnya memilih Kuala Lumpur, Malaysia sebagai lokasi persembahan mereka di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, En. Zulkefli Hj Sharif berkata

“Sokongan kami menggambarkan situasi sebenar industri hiburan yang kian kukuh sejak kebelakangan ini di Malaysia. Kami menyasarkan untuk membida dan mendapatkan banyak lagi acara hiburan utama untuk dianjurkan di sini dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan untuk hiburan di rantau ini. Ini turut dibuktikan dengan keputusan Linkin Park untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi persembahan di rantau ini.”

Persembahan ini bakal menarik 5,000 peminat serantau untuk mengunjungi Kuala Lumpur bersempena konsert berprofil tinggi ini. Sejajar dengan cuti musim panas di kebanyakan negara, pelancong boleh mengambil kesempatan ini untuk tinggal dan berkunjung ke beberapa lokasi tarikan utama di Malaysia. Dianggarkan kehadiran pelancong ke Malaysia dalam tempoh masa ini mampu menjana wang sebanyak RM23 juta untuk ekonomi tempatan.

Konsert yang dinanti-nantikan sejak sedekad lalu ini, bakal menguja peminat-peminat kerana Linkin Park sendiri berjanji akan memberikan persembahan terbaik nanti! Konsert ini ditaja oleh Ford Fiesta dan Etiqa Insurance Berhad, Rakan Penyelaras Impresario Music, syarikat rakaman Warner Music Malaysia, hitz.fm sebagai radio rasmi dan disokong oleh ERA fm manakala stesen TV rasmi adalah TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Aloft Hotel Kuala Lumpur Sentral pula bertindak sebagai hotel rasmi, dan rakan promosi lain termasuk KKBOX, Speedy, Rock Corner dan Club 99. Selain itu, platform pesanan mudah alih, LINE dan syarikat penerbangan AirAsia juga turut bergiat sama dalam mempromosikan konsert ini.

Tiket yang masih ada termasuk tempat duduk bebas iaitu RM195 (M2) & RM295 (M1), dan juga tiket berdiri bebas RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock) dan RM680 (VIP). Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ticketcharge.com.my atau dengan menghubungi (+60) 3 9222 8811. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web: www.linkinparkmalaysia.com atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada Iklan Raya Tenaga Nasional 2013

Tribute to Elvis Presley at Ol Skool Bistro