in

Tiket RM120 Konsert Mariah Carey Tour In Malaysia Habis Dijual

Tiket Konsert berharga RM120 Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 Habis Dijual

Tiket berharga RM120 untuk menyaksikan konsert Mariah Carey ‘The Elusive Chanteuse Show’ Tour In Malaysia 2014 habis dijual!

Artis wanita popular ini sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik buat peminatnya menerusi konsert anjuran IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Ia bakal diadakan pada 22 Oktober ini jam 8 malam di Stadium Merdeka.

Tiket masih boleh didapati iaitu tiket berharga RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor) dan RM280 (tempat duduk bebas). Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline TicketCharge iaitu +603 9222 8811.

Untuk maklumat lanjut berhubung serta jualan tiket bolehlah menghubungi talian hotline IME Productions iaitu +603 2166 6166 atau layari Facebook IME Productions http://www.facebook.com/imepmy

Mariah-poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kilauanmu Inspirasiku Dalam Forum Perdana Ehwal Islam

Zoey Rahman Kini Ceburi Bidang Perniagaan