in ,

Tiket Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 Laris Dijual

Lebih kurang tinggal empat hari je lagi peminat Malaysia hampir bertemu band rock ternama dunia Metallica, diberitakan jualan tiket untuk konsert kumpulan heavy metal dari Los Angeles ini terus meningkat! Sebanyak tiga kategori tiket iaitu yang berharga RM195, RM350 dan RM380 sudah habis dijual. Wow, ramai peminat Metallica di Malaysia tak nak lepaskan peluang walaupun ada yang dah beli siang-siang untuk konsert yang sama di Singapura. Kiranya diorang ni memang die hard fans la sebab dua-dua konsert Metallica diorang nak balun.

Sehingga kini, jualan tiket di Silver Rock Zone (RM450), Gold Rock Zone (RM550), Platinum Rock Zone (RM680) juga mendapat sambutan hangat.

[pullquote align=”right”] Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.[/pullquote]

Untuk pertama kalinya, ikon rock legenda bakal menjejakkan kaki di Malaysia. Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy dalam persatuan dengan LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Bagi yang belum mendapatkan tiket, jualan tiket boleh didapati di semua Kaunter Tiket Galaxy di Boulevard, Mid Valley dan Sg Wang atau membeli secara online di www.ticketcharge.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Galaxy di 03-22822020 atau layari laman web rasmi Galaxy Kumpulan pada www.galaxy.com.my / www.ticketcharge.com.my atau Galaxy Kumpulan Laman Facebook.

Metallica

Metallica Live in Malaysia 2013 is organised by Galaxy Group in association with LAMC Productions and Rockstar Touring; supported by Malaysia Major Events, a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau an agency under Ministry of Tourism and Culture Malaysia in conjunction with the promotional year for Visit Malaysia Year 2014.

The concert is happening on 21st August 2013 at Stadium Merdeka.

With nearly five days till we meet the world’s biggest rock band, Metallica and ticket sales for the concert continue to rise, a total of three ticket categories; RM195, RM350 and RM380 are already sold out. To date, Silver Rock Zone (RM450), Gold Rock Zone (RM550), Platinum Rock Zone (RM680) are selling fast.

For the first time, the legend rock icon is stepping in Malaysia therefore Malaysian fans definitely can look forward to an exhilarating night of high energy performance.

Ticket sales are available at all Galaxy Ticket Counters at Boulevard, Mid Valley and Sg Wang; or purchase through online at www.ticketcharge.com.my . For more details, please contact Galaxy Group at 03-22822020 or visit Galaxy Group’s official website at www.galaxy.com.my// www.ticketcharge.com.my or Galaxy Group Facebook page.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Penyanyi Popular Yang Dikatakan Bankrap?

Grand Brilliance Julang Lima Trofi di Anugerah Lawak Warna