in ,

Tiket Konsert Hati Emas Kembara Mulai Dijual 22 September 2014

Seperti yang telah sedia maklum, Dewan Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur akan menerima tetamu yang ditunggu-tunggu peminat selama ini pada 21-23 November 2014 nanti apabila Kumpulan KEMBARA yang diterajui oleh artis tersohor negara Dato’ M.Nasir telah mengesahkan persembahan mereka. Kumpulan popular era 80an dengan lagu-lagu kerakyatan dan ’art rock’ ini akan menggabungkan semula anggota asal di pentas Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut di dalam sebuah konsert yang dinamakan KONSERT HATI EMAS KEMBARA.

kembara

Luncai Emas Sdn Bhd selaku penganjur konsert, ingin mengumumkan secara rasmi bahawa penjualan tiket untuk Konsert Hati Emas Kembara akan mula dijual kepada orang ramai bermula Isnin 22 Sept 2014 ini. Penganjur berharap orang ramai terutama peminat tegar KEMBARA dapat merebut peluang menyaksikan konsert berskala besar yang julung kalinya diadakan di sini dengan membeli tiket seawal mungkin demi memastikan posisi tempat duduk terbaik mereka.

Info Tiket
Senarai Harga: : RM68, RM98, RM188, RM258, RM328 DAN RM388
Tarikh Mula DiJual Agen Jualan Rasmi : 22 Sept 2014 (Isnin)

Cara Jualan
Layari: www.ticket2u.biz
03-4147 8600 / 019-211 1600 (Zul)
Secara Atas Talian ’Online’ ATAU
Secara belian fizikal di Istana Budaya, KL (Kaunter Box Office)

Selain belian tiket secara individu, Luncai Emas juga memperkenalkan penjualan tiket secara blok (kelompok) dengan satu harga pakej termasuk cenderamata istimewa KEMBARA sebagai bahan kenangan untuk dibawa pulang. Blok ini dipanggil ’HATI EMAS SEATS’. Baik syarikat mahupun orang perseorangan berhak membelinya. Sila hubungi ticket2u untuk keterangan lanjut.

Info Lagu
HATI EMAS, EKSPRES RAKYAT, KERONCONG UNTUK ANA, GERHANA, DUIT, IMPIAN SEORANG NELAYAN, PERJUANGAN, KEPADAMU KEKASIH, BUNGA BAKAWALI, NUSANTARA, KIAMBANG, RUPA TANPA WAJAH, MENENTANG BADAI

Konsert ini cukup istimewa kerana selain merupakan konsert terbesar KEMBARA sepanjang karier seni mereka, ianya adalah paparan perjalanan dan perjuangan seni kumpulan ini yang digarap melalui ‘Visual Mapping’ yang diadun khas menggabungkan elemen audio dan visual untuk membawa penonton ‘bernostalgia’ dan melayani persembahan secara langsung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014

Drama Bersiri Pulang Sayang Lakonan Raja Ema