Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010



Tiket Berharga RM138 &RM238 Telah Habis Dijual

Super Junior, the 2nd Asia Tour “Super Show 2” Live in Malaysia 2010, Pelancaran Tiket Rasmi Pada 6 Feb 2010 Dengan 15% Diskaun.

Mencecahkan rekod jualan tiket bagi konsert Asian di Malaysia, Super Junior, the 2nd Asia Tour “Super Show 2” Live in Malaysia 2010, hampir 40% konsert tiket habis dijual dalam masa kurang daripada seminggu semasa pra-jualan diadakan baru-baru ini, tiket berharga RM138 telah habis dijual dalam masa 2 jam sewaktu pra-jualan.

Kepopularaan Super Junior akan dibuktikan sekali lagi pada hari Sabtu ini, 6 Februari 2010 penganjur Redstar Presents dan pihak pengurusan konsert, Marctensia akan mengadakan pelancaran tiket rasmi di ruang legar di Sungai wang, pada pukul 12 tengah hari. Dengan pembelian setiap tiket peminat akan mendapat diskaun sebanyak 15%.

Pada hari pelancaran tiket rasmi, sekumpulan penari bernama Progression dari MY SJ akan membuat persembahan “Sorry, Sorry” dan memberikan workshop tarian bagi semua peminatnya sebagai persiapan menari bersama Super Junior semasa konsert Super Junior. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dengan hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi pada hari pelancaran tiket rasmi.

Dianjurkan oleh Redstar Presents dan diuruskan oleh Marctensia; SM Entertainment dan Dream Maker sebagai Penyelia; Warner Music Malaysia sebagai Label Rakaman Rasmi; One FM dan Hot FM sebagai Radio Stesen Rasmi; YG dan Epop sebagai Majalah Rasmi Berbahasa Cina; Redbox Greenbox dan Redbox Ria sebagai Karaoke Rasmi; Speedy sebagai Rakan Promosi Bersama, Daorea Korean BBQ sebagai Restaurant Korea Rasmi dan terima kasih kepada Freak dan Radioactive; Super Junior, the 2nd Asia Tour “ Super Show 2” Live in Malaysia akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 20 Mac 2010, jam 7 malam bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket konsert berharga RM138 (habis dijual), RM238 (habis dijual) sementara tiket berharga RM458 dengan tempat duduk bernombor atau di kawasan Rock Pitt masih sedia ada. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marctensia: 03- 2092 1199 atau melayari www.marctensia.com. Untuk membeli tiket secara online, sila hubungi hotline Axcess Ticketing: 03-7711 5000 atau melayari laman web, www.axcess.com.my.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Super Junior-M Appearance at Malaysian National Youth Day
  • Pra Jualan Barangan Eksklusif Super Junior
  • Tour Concert Super Junior di Malaysia
  • Winners of the 2008 MTV Asia Awards
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • LMFAO Featuring Redfoo Party Rocks Asia
  • Konsert LMFAO Ditunda Ke 9 April 2012
  • ENTER THE CARTOON NETWORK HERO UP CHALLENGE!
  • Paramount Pictures Publishes Vintage Super 8 iPhone App
  • Dinosaurs Roam Pusat Sains Negara Kuala Lumpur



  • 11 Komen untuk entri “Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010”

    1. JutawanGlamour kata:

      napa aku tak kenal group glamour ni emmm…ketinggalan aku nmpknye

    2. Hamba Allah kata:

      Aku pun tak kenal daa….apakah aku juga ketinggalan?

    3. malia kata:

      sebab korang tak tengok chanel 303 (kbs world ) kat asterok dan x minat band boy korea sebab tu korang x kenallllllllllllll

    4. JutawanGlamour kata:

      ooo band korea rupenyer patut la aku tak kenal….

    5. meera kata:

      SUJU a.k.a SUPER JUNIOR MERUPakan kump. paling popular di korea selepas SS501..
      dan jg merupakan ahli kump yg paling ramai di dunia sebyk 13 org..
      gerak tari dan kawalan vokal yang terkawal memukau peminat menggilai kump. tersebut… lagu yg paling popular melalui album ketiga mereka ialah SORRY SORRY..lagu tersebut mempnyai 2 version.. sorry sorry dan sorry sorry answer…i love SUJU…….

    6. suju lover kata:

      ada sesiapa yang tau x cam ner nk cari resipi kulinari chef liza bersama daisy…. sila inform kn ke :futabaonda@yahoo.com
      :D

    7. suju lover kata:

      ssiapa yng ada brita trbru tntg kpop sila kongsi dgn sy….

    8. miz haniyan kata:

      waa…….i nak g sgt concert ni tp x dpt coz de xzam…..
      i tunggu 4 tahun nak jumpe dorang last2 x dpt gak…huhuhu…
      sedihnyer…..
      suju oppa biyannhye……i cannot be there 4 you…
      i hope the concert going well……
      aza aza fighting….

    9. meera kata:

      saya pun minat dgn k-pop terbaru 2pm.huhu

    10. K-POP gUrLz!! kata:

      CiAn ToL sPe Yg X kEnL gRoUp NeY..
      SUPER JUNIOR ney TEKENAL AT SLURUH DUNIA..
      cMe OrG sNi Je AgK kTiNgGaLaN..
      At ThAiLaNd FaNs ClUb Dy BeSr We..
      At CnI mNe AdE..
      iNdOnEsIa,ViEtNaM,hK,tAiWaN..
      bEsR gLeR fAnS cLuB dWnK..

    11. hayuwmiey kata:

      saye suka super junior oppa mereka
      semua hensem-hensem saye rasa
      saye dah jatuh cinta dkat super junior oppa
      hehehe…… muahhhhhhhhhhhh super junior oppa..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK