in ,

Tiba-Tiba Hashtag #TheDress Jadi Trending

Sila tengok gambar kat bawah ni, cuba teka apakah warna sebenar dress ni? Haa, cer teka cer teka.

Tiada angin tiada ribut, pengguna laman media sosial hari ini begitu kecoh hanya kerana warna sehelai baju. Kalau anda perhatikan dari semalam lagi, pengguna media sosial menggunakan hashtag #TheDress bagi mempertahankan pandangan masing-masing. Ini kerana warna baju itu menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti.

Ramai yang meneka warna baju itu berwarna biru dan hitam, manakala ada juga yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.

The Dress

Pengguna media sosial dilihat berbahas hangat mengenai warna baju tersebut dan ada juga yang bergaduh mengenai pandangan yang tidak sama. Gambar kat atas ni dikatakan dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.

Menurut laporan Business Insider, McNeil berkata baju itu telah dipakai oleh kawan ibunya di majlis perkahwinan anaknya. McNeil dan rakan-rakannya menyedari ada ‘sesuatu’ yang berbeza pada baju itu, ibu kawannya menghantar gambar baju itu kepada anaknya.

“Apabila kawan saya tunjukkan baju itu kepada tunangnya, mereka tidak bersetuju tentang warnanya.”

Pengantin wanita itu kemudian memuatnaikkan gambar itu di laman Facebooknya di mana kawan-kawannya berdebat tentang warna baju itu. McNeil kemudian memuatnaikkan gambar itu di laman Tumblr, di mana gambar itu menjadi viral.

Beberapa artis terkemuka turut berkongsi pandangan mengenai baju di di facebook dan Twitter.

Hmmm, senangnya nak jadikan sesuatu objek itu jadi trending kan? Haish… entah apa-apa sebenarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HyypTV Siar HOUSE OF CARDS Secara Marathon

Pelakon Star Trek Leonard Nimoy MR SPOCK Meninggal Dunia