in

Three Daddies With One Mommy Lakonan Kim Bin Woo, Joo Sang Wook

Tarikh Siaran: 26 Disember 2008 – 28 Januari 2009
Hari / Masa: Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam – 9.30 malam
Pelakon: Eugene, Jo Hyun Jae, Jae Hae, Shin Sung Rok,
Kim Bin Woo, Joo Sang Wook

Slot popular 8TV ‘Best of The East’ kali ini mempersembahkan drama bersiri popular dari Korea Three Daddies with One Mommy. Bagi yang menggemari drama-drama bersiri dari Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton pelakon Korea kegemaran anda hanya di 8TV!

Three Daddies with One Mommy disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 bermula 26 Disember 2008!

“Slot ‘Best Of The East’ sentiasa mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan mempunyai pengikut tersendiri. Kami di 8TV juga sentiasa berusaha menyajikan hanya yang terbaik untuk semua penonton,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Drama Three Daddies with One Mommy mengisahkan tentang kehidupan seorang bayi perempuan yang comel dan yang lebih menyeronokkan bayi bertuah ini mempunyai 3 orang bapa!

Song Na Yeong yang telah berkahwin sebanyak empat kali kini boleh tersenyum lega apabila telah menemui suami baru Jeong Seong Min yang cukup penyayang dan baik hati. Seong Min mempunyai tiga orang kawan baik Han Soo Hyeon, Choi Kwang Hee dan Na Hwang Kyeong Tae. Mereka selalu menghabiskan masa bersama melepak di rumah Seong Min.

Sejak berkahwin, Na Yeong berusaha untuk mendapatkan anak namun Seong Min menghadapi sedikit masalah kesihatan yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan zuriat. Seong Min akhirnya mengambil keputusan untuk menyuruh tiga rakan baiknya mendermakan sperma mereka.

Mereka yang pada mulanya kurang bersetuju dengan keputusan Seong Min akhirnya sepakat untuk membantu Seong Min dan bersetuju untuk mendermakan sperma mereka. Tidak lama kemudian, Na Yeong mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Malang tidak berbau, Seong Min maut dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Na Yeong membesarkan anak perempuannya itu seorang diri kerana tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa kandung sebenar bayi perempuannya itu.  Na Yeong juga terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang-hutang suaminya. Tanpa pendapatan yang tetap beliau akhirnya kehilangan tempat tinggal.

Na Yeong mendapat bantuan dari ketiga-tiga rakan baik suaminya. Pada mulanya ketiga-tiga mereka merasa agak terbeban dengan kehadiran Na Yeong dan bayinya namun kerana banyak meluangkan masa bersama-sama, terbit rasa sayang kepada bayi perempuan itu dan mereka turut menaruh hati kepada Na Yeong.

Na Yeong pula jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Jeong Chan Yeong namun jejaka itu tidak mengetahui status sebenar Na Yeong yang mempunyai seorang anak. Pada waktu yang sama Jeong Chan Yeong turut diminati oleh seorang wanita bernama Park Seo Yeon.

Apakah nasib bayi perempuan yang baru lahir itu? Siapakah bapa kandung bayi perempuan comel itu? Bagaimana pula percintaan di antara Song Na Yeong dan Jeong Chan Yeong?

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat Three Daddies and One Mommy yang menemui anda setiap jam 8.30 malam, Isnin hingga Jumaat bermula 26 Disember 2008 lalu hanya di 8TV! Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui Astro anda di saluran 708!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga John Travolta Kematian Anak Lelaki

Love or Bread Lakonan Joe Cheng & Ariel Lin