in ,

Pelakon Siri TV The Flash, Thomas Grant Gustin Bakal Kahwini Wanita Kadazan

Pelakon yang terkenal melalui siri televisyen The Flash, Thomas Grant Gustin, 27, mengesahkan belum lagi mengahwini tunangnya, Andrea Thoma. Sebelum ini sebuah portal akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Rabu di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah, yang merupakan tempat asal ibu Andrea.

Sebaliknya, majlis yang dilaporkan berlangsung itu hanya sebuah upacara istiadat masyarakat Kadazan bagi menghargai nenek moyang keluarga Andrea.

Grantgust

Gustin, dalam kemaskini terbaharu di akaun Instagram memaklumkan, dia dan Andrea merancang untuk berkahwin tahun hadapan. Terdahulu, Gustin memuat naik sekeping gambar bersama Andrea yang berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu, pada 18 Dis lalu.

Gustin memberitahu The Star, biarpun ramai yang mengenalinya, namun dia menghargai sikap masyarakat di negara ini yang memberikan ruang untuk dia dan keluarga ketika majlis berlangsung.

“Ramai yang kenal kami tapi mereka sangat berbudi bahasa. Mereka akan minta untuk mengambil gambar dengan baik dan tidak menyerbu atau mengambil gambar secara curi-curi,” kata Gustin.

Gustin turut memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di negara ini suatu hari nanti.

Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.

Grantgust

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

Marsha & Velvet Bergabung Bikin Album Bersama