Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









The Ultimate Prom Nite Tajaan Nivea di 8TV



Masihkah anda ingat akan sahabat baik di Kolej dahulu? Masih berhubungan dengan mereka? Atau mendengar khabar dari seseorang yang pernah menjadi pujaan hati anda di kolej dahulu? Persoalannya, benarkah kenangan di kolej semanis yang kita pernah harungi atau hanya sekadar nostalgia?

prom nite

8TV dan NIVEA dengan bangganya mempersembahkan The Ultimate Prom Nite – majlis makan malam dan tarian yang gilang gemilang, dianjurkan khas buat pelajar-pelajar kolej dan universiti. The Ultimate Prom Nite – majlis makan malam dan diselangi dengan tarian antara kampus yang pertama kalinya diadakan di Malaysia dibawakan khas dari 18 buah kampus di serata Malaysia.

Majlis ini semestinya memberikan seribu makna buat semua bekas pelajar kolej dan universiti. Program ini akan bermula dengan siri penjelajahan ke 12 buah kampus di kawasan Lembah Klang dan 6 lagi buah kampus di Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru.

Siri jelajah ini menumpukan kepada pencarian 10 orang siswa dan 10 orang siswi yang akan diundi sebagai Prom King dan juga Prom Queen bagi The Ultimate Prom Nite 2007. Bagi mereka yang berminat bolehlah mendaftarkan diri melalui siri jelajah yang akan diadakan dan melalui laman web rasmi 8TV iaitu www.8tv.com.my. Nam-nama mereka yang bertanding akan diundi oleh sahabat serta kenalan dari kolej masing-masing.

20 peserta akhir yang terpilih akan dihantar untuk menghadiri bengkel penampilan dan kecantikkan diri yang dianjurkan oleh NIVEA sebagai penaja utama rancangan ini. Kemudian, selepas diri ditatarias, mereka akan menghadiri majlis kemuncak The Ultimate Prom Nite yang akan diadakan di kampus baru SEGI yang terletak di Kota Damansara. Prom King dan Prom Queen bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM 10,000 dari 8TV dan penaja utama NIVEA. Prom King dan Prom Queen juga berpeluang untuk menjadi pengacara jemputan di rancangan The 8TV Quickie.

“Tarikan utama bagi The Ultimate Prom Nite sudah tentu pelajar-pelajar itu sendiri. The Ultimate Prom Nite’ merupakan sebuah projek yang menyeronokkan kerana memberi peluang kepada para remaja untuk meluangkan masa bersama teman-teman sambil berhibur,” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran di 8TV. Tambah Kim lagi, “Peluang memenangi ganjaran wang biasiswa bernilai RM10,000 merupakan satu bonus besar buat mereka.”

Pengurus Penjenamaan Kumpulan NIVEA, Ng Hock Guan berkata, “Harapan kami di NIVEA adalah untuk mendekati golongan para pelajar dan menegaskan tentang kepentingan untuk tampil ‘berkeyakinan’ dan ‘bebas’ selari dengan hasrat jenama kami yang ingin memberikan para pengguna kelebihan ini.”

“Kerjasama NIVEA dalam program ini merupakan satu peluang yang besar untuk berhubung dan menyumbang kepada pelajar-pelajar itu sendiri,”jelas Ng Hock Guan lagi. The Ultimate Prom Nite itu sendiri merupakan sebuah acara yang menyeronokkan, tetapi ia juga memberi kami peluang untuk berkongsi ilmu tentang penampilan diri buat pelajar dan menyumbangkan sejumlah wang biasiswa untuk membiayai pelajaran mereka.”

Para finalis yang terpilih akan muncul di kaca TV melalui rancangan The 8TV Quickie pada setiap minggu dan ditemubual secara langsung. Rakaman secara sepintas lalu tentang persediaan para finalis untuk menghadiri majlis itu serta tips-tips dandanan dan penampilan diri yang berguna juga akan disiarkan pada setiap minggu. Para penonton juga berpeluang untuk memenangi tiket-tiket percuma untuk menghadiri acara The Ultimate Prom Nite dengan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan di The 8TV Quickie.

The Ultimate Prom Nite akan disiarkan secara langsung di 8TV pada 1 Disember 2007, hari Sabtu pada jam 11 malam yang dibawakan khas secara langsung dari SEGI Kota Damansara. Pelajar-pelajar yang berminat untuk menghadiri majlis ini dijemput untuk melayari laman web www.8tv.com.my untuk mendapatkan tiket bagi menghadiri majlis gilang gemilang ini.

Serlahkan diri anda pada malam yang penuh dengan kerdipan bintang…
 
Kolej-kolej yang akan dilawati ialah, Multimedia University Cyberjaya, Sunway University, Metropolitan College, Inti College Nilai, Inti College Subang, KDU College, APIIT University, SEGI Kota Damansara, MMU Melaka, IACT, HELP University, Taylor’s College, Monash University , Southern College, Sunway JB, Inti Penang, KDU Penang dan Disted Stamford Penang.

8tv

[tags]The Ultimate Prom Nite, nivea, program 8TV, media prima proposal, realiti tv terbaru 8tv, peserta The Ultimate Prom Nite, Prom King, Prom Queen, Multimedia University Cyberjaya, Sunway University, Metropolitan College, Inti College Nilai, Inti College Subang, KDU College, APIIT University, SEGI Kota Damansara, MMU Melaka, IACT, HELP University, Taylor’s College, Monash University, Southern College, Sunway JB, Inti Penang, KDU Penang dan Disted Stamford Penang, gambar budak sekolah, gambar mangsa dera, presiden, gambar hos The 8TV Quickie, tiket prom[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Adam Jayarathinam dan Nicollete Ng Yu Li Juara The Ultimate Prom Nite
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Klip 3GP
  • Cartoon Network Ben 10 Ultimate Boot Camp
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Gambar Marsha, Pelakon Drama Kirana Jelita & Seksi
  • Minggu Setiausaha Dayang Nurfaizah di Hotel Federal
  • Rakaman Nite of Soulful Stars
  • Nabil at Cantumas Travel Café’s Ladies Nite
  • Saki Baki Foto & Gambar Selebriti Anugerah Bintang Popular 2006



    • Pingback: Anyone Loves TV » The Ultimate Prom Nite Tajaan Nivea di 8TV

    • popeye

      emmm x sesuai… bukan adat kite duk wat mjlis tari menari ni.. emmm nak akhir zaman dah….. kiamat sudah dekat… bertaubatlah kamu sebelum kamu ditaubatkan….. kekalkan ketimuran…!!!!

    • Mr.Mysterious

      Lame !

    • http://bakizainal@yahoo.com8tv amir

      wee bodoh punya orang

    • http://bakizainal@yahoo.com8tv amir

      bapak hang



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK