The Simple Life – Story Paris Hilton & Nicole Richie Social Life

The Simple Life Musim Ke-5 Kembali
Siapa kata yang Paris dan Nicole tidak boleh bersama lagi? Pasangan popular ini kini kembali dengan musim yang terbaru dan 8TV dengan bangganya memberikan anda peluang untuk ‘berkhemah’ bersama gadis-gadis seksi ini pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam, bermula pada 9 Mei 2008.

The Simple Life merupakan sebuah siri rancangan realiti televisyen popular yang menampilkan dua gadis sosialit iaitu Paris Hilton dan Nicole Richie yang bertungkus-lumus membuat sesuatu kerja secara manual, menerima bayaran yang rendah melalui kerja-kerja seperti membersihkan bilik, membuat kerja-kerja di ladang, mengambil tempahan untuk restoran makanan segera dan juga berkerja sebagai kaunselor perkhemahan. 

The Simple Life merupakan sebuah rancangan yang menarik untuk ditonton. Sejak tayangan musim pertamanya pada tahun 2003, The Simple Life telah berjaya mengumpul penonton setianya  yang tersendiri yang nyata terpikat serta terhibur dengan kesukaran serta halangan yang perlu ditempuh oleh kedua-dua gadis ini sepanjang empat musim. Kini, mereka kembali lagi dengan musim terbaru, dan saya yakin bahawa peminat-peminat siri ini akan lebih terhibur kerana pada kali ini Paris dan Nicole akan memulakan perjalanan mereka ke sebuah tapak perkhemahan yang memerlukan mereka untuk berkerja lebih keras serta bergelumang dengan kekotoran secara fizikal.

MAMPUKAH MEREKA BERTAHAN?
Selepas Paris dan Nicole menyambung semula tali persahabatan mereka, sessi pengambaran untuk musim kelima ini telah diadakan di Malibu, California iaitu di sebuah tapak perkhemahan di Camp Shawnee. Tidak seperti pada musim yang lepas, kedua-dua gadis ini perlu menjadi kaunselor di Camp Shawnee yang memerlukan mereka untuk menjaga kumpulan-kumpulan istimewa yang merangkumi kem penjagaan kesihatan, kem penjagaan kecantikkan, kem percintaan, kem sara hidup dan kem lakonan.

Tugas pertama mereka sebagai kaunselor adalah untuk menolong sekumpulan pekhemah yang mahu menurunkan berat badan mereka. Di sini Paris dan Nicole  akan berkongsi rahsia mereka dalam menurunkan berat badan dengan kumpulan tersebut. Tugasan seterusnya nampak mudah bagi kedua-dua gadis sosialit ini apabila mereka telah diarahkan untuk memberikan tunjuk ajar kepada sekumpulan gadis dan juga ibu mereka untuk pertandingan ratu cantik.

Sementara itu kemahiran bercinta mereka akan diuji bagi tugasan pada kali ini apabila memberi kaunseling kepada kumpulan yang mempunyai pasangan dan pada masa yang sama salah satu pasangan yang bercinta itu akan membuat suatu tindakan yang mengejutkan. Selepas itu kedua-dua gadis ini perlu bergelumang di dalam aksi lasak dan kekotoran serta mempelajari kemahiran bertahan yang dapat menjamin keselamatan mereka.

Ketika kem lakonan bermula, kedua-dua gadis ini perlu memberi tunjuk-ajar kepada sekumpulan pelakon amatur  dan pada masa yang sama juga Camp Shawnee menerima tetamu istimewa yang akan mengajar kumpulan tersebut tentang teknik-teknik lakonan.

Selepas itu Pari dan Nicole telah membuat keputusan untuk menamatkan hari mereka di Camp Shawnee dengan mempersembahkan satu pertunjukkan istimewa kepada pengarah kem tersebut.

Saksikan Paris dan Nicole bertungkus-lumus untuk menjadi kaunselor yang berguna kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai pengkhususan yang berbeza ini, apabila mereka dapat mempelajari pelbagai kemahiran yang berbeza dan pada masa yang sama juga menjadi seorang yang ingin tahu dan nakal yang menjadi kelaziman sebagai gadis socialit.

Adakah dengan pertolongan yang diberikan oleh Paris dan Nicole mencukupi bagi kem ini dan pada masa yang sama juga adakah mereka berupaya untuk mengubah atau menolong mereka yang memerlukan bantuan? Adakah kemahiran bertahan mereka akan diuji pada kali ini? Adakah juga terdapat bibit-bibit percintaan pada kali ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua gadis sosialit ini bertahan di kehidupan luar, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan The Simple Life musim 5 secara eksklusif di 8TV pada hari Jumaat,  jam 10 malam bermula pada 9 Mei 2008. 8TV juga boleh ditonton di Astro saluran 708.

[tags]The Simple Life, Paris Hilton, Nicole Richie, Camp Shawnee, rantai adlin, abang nabil, af6, 2008 world cup qualifier, 2010 world cup, arsenal training ground, cesc fabregas, david beckham, david beckham traing pictures, england jersey, forum, gambar, gender symbol, england team for switzerland friendly, englands squad choices, fabio capello pick for england team, qualifiying round results, victoria beckam, world cup germany, world cup official site, world cup south africa, akademi fantasia, crux assantaislam, salib adlin, isu hangat, kak ning, kak ogy, kontroversi, kristian, adbaaz robot, advertlets, domain expired, website redirected to adbaaz, lambang salib, pengkritik, photo, raja lawak, rantai adlin, sensitif, woman symbol[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYNOPSIS & INTERVIEW: MATTHEW FOX IN SPEED RACER

TEATER MUZIKAL RANDAI KASIH MENANTI @ ISTANA BUDAYA