Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









The Legend Of Zorro Lakonan Antonio Banderas di TV2



ANTONIO BANDERAS KEMBALI DENGAN TOPENG ZORRO BERAKSI MENERUSI SLOT SATURDAY NIGHT SPECIAL ON 2 SABTU INI DI TV2

Filem Inggeris menerusi slot Saturday Night Special On 2 bertajuk The Legend Of Zorro kembali beraksi di kaca TV mulai jam 10.30 malam bersiaran di TV2. Lagenda filem The Legend Of Zorro yang diarahkan oleh Martin Campbell dan penerbit Steven Speilberg pernah mencatat keuntungan sebanyak 75 juta USD pada tahun 2005 dan merupakan susulan dari filem The Mask Of Zorro yang pernah popular sekitar tahun 1998 dengan versi lagu I Want To Spent My Life Time Loving You. Demi mengubati rindu buat para peminat filem inggeris, RTM bakal menyajikan slot pilihan dalam Saturday Night Special On 2 pada 23 Januari 2010 mulai jam 10.30 malam hanya di TV2. Jalan cerita ini rigkas tetapi penuh aksi dan cabaran dalam pengembaraan seorang hero kelahiran Maxico yang bergelar Zorro yang terkenal di bandar Califonia.

Pengembaraan lagenda Zorro pergi meninggalkan pengalaman yang penuh cabaran yang dilaluinya sewaktu melindungi negara Califonia dan rakyatnya. Kali ini dia hadir dengan melawan kejahatan yang dibantu bersama isterinya Elena lakonan Catherine Zeta-Jones serta anak lelakinga Jaoquin. Lakonan Antonio Banderas sebagai Alejandro De Vega dalam cerita ini diberi pilihan antara dua sama ada menjadi seorang Zorro atau kehidupan sebagai ketua keluarga.

Namun selepas, Alejandro telah memungkiri janjinya yang dia tidak akan memakai topeng, Elena segera meninggalkannya.Elena menganggap bahawa tindakan suaminya mahu menjadi Zorro buat selamanya. Namun, niat Alejandro adalah ingin melindungi keluarganya daripada kejahatan yang bakal menimpa serta menjaga keselamatan anak lelakinya. Elena bertindak meninggalkan suaminya lantas berjumpa dengan Armand rakyat Perancis yang sombong dan angkuh. Perkara ini diketahui oleh suaminya lantas ingin bertemu dengan Armand. Namun pertemuan di suatu tempat rahsia member satu tujuan untuk merungkai segala peristiwa yang terjadi. Maka kali ini Alejandro tidak mahu undurkan diri, tanggungjawabnya lebih besar dari sebelumnya demi menyelamatkan keluarganya dari ancaman musuh. Dapatkah Zorro menyelamatkan keluarganya dari tangan Armand ?

Saksikan penggembaraan penuh cabaran yang dilalui seorang hero bergelar Zorro yang bakal menemui penonton pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 mulai jam 10.30 malam bersaluran di TV2. Dengan barisan pelakon terkenal dan hebat Antonio Banderas, Catherine Zeta-Jones, Michael Emerson, Adrian Alonso, Nick Chinlund, Julio Oscar Mechoso, Gustavo Sanchez-Parra.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sinopsis Shrek The Third
  • The Red Kebaya, Yours, Mine & Ours, The Legend of Zorro di RTM
  • LIMA FILEM MENARIK DAN HEBAT SEMPENA HARI KEBANGSAAN
  • Program TV Sempena Christmas di TV3
  • A CHAMBER CONCERT WITH THE MPO ENSEMBLE AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS
  • Peraduan Celebrating of The Legend is Born Ip Man
  • Filem I Am Legend Lakonan Will Smith Diboikot?
  • Peraduan Meet & Greet Pelakon The Legend is Born Ip Man
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam
  • THE LEGEND OF BRUCE LEE LAKONAN CHAN KWOK KWAN, MICHELLE LANG, MARK DACASCOS





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK