in

THE LEGEND OF BRUCE LEE LAKONAN CHAN KWOK KWAN, MICHELLE LANG, MARK DACASCOS

THE LEGEND OF BRUCE LEE
Tarik Siaran: 17 Oktober 2008 – 25 Disember 2008
Masa: 8.30pm – 9.30pm

Starring: Chan Kwok Kwan, Michelle Lang, Mark Dacascos, Gary Daniels, Michael Jai White, Tim Storms, Ray Park

Ingatkah anda dengan kisah hidup pahlawan Bruce Lee?  Sekali lagi stesen TV hip 8TV anda membawakan penonton semua untuk mengingati kisah hidup lagenda pahlawan kung fu yang bernama Bruce Lee melalui drama bersiri kisah hidup beliau The Legend of Bruce Lee bermula 17th Oktober 2008, setiap hari Isnin hingga Jumaat melalui slot Best Of The East, jam 8.30malam hanya di 8TV!

“Kami amat teruja dapat menyiarkan drama bersiri terbaru ini.  Malahan 8TV merupakan stesen TV pertama di rantau Asia yang dapat keizinan untuk menyiarakannya terlebih dahulu.” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Tambah Kim lagi, “Bruce Lee merupakan ikon kepada ramai peminatnya dan juga peminat 8TV amnya.  Inilah masa dan peluangnya untuk anda semua mengenali lebih dekat tentang kehidupan lagenda ternama kung fu ini.,”

Bruce Lee dikenali ramai di Amerika melalui seni pertahanan diri, sebagai ahli filosofi, instruktor, pelakon seni pertahanan diri  dan juga merupakan orang yang  menubuhkan pertubuhan Jeet Kune Do combat.  Nama beliau gah dikenali diserata dunia dan sangat berpengaruh melalui seni pertahanan diri serta merupakan ikon budaya diera abad ke-20.  Bintang Kung Fu ini meninggal dunia akibat bengkak di otak pada tahun 1973 ketika berusia 32 tahun.

Di dalam drama bersiri The Legend of Bruce Lee ini , Chan Kwok-Kwan melakonkan watak Bruce Lee yang menggambarkan tentang kehidupan bintang lagenda ini yang hanya sempat menikmati era popular sebagai bintang antarabangsa yang sangat pendek.  Melalui 50 episod siri ini Chan dilihat menghayati wataknya; meggambarkan akan bagaimana Bruce mempunyai cita-cita yang sangat tinggi hingga beliau dapat menikmati kehidupan dikenali dipersada seni antarabangsa dan akhirnya menukar persepsi masyarakat dunia terhadap bangsa dan masyarakat Cina.

The Legend of Bruce Lee di terbitkan oleh China Central Television sebagai langkah mempromosi dan meningkatkan  pemahaman terhadap budaya dan seni mempertahankan diri masayarakat Cina .

Ramai orang melihat akan kehebatan dan kemasyuran nama bintang Kung Fu ini namun hanya sekelompok orang sahaja yang tahu akan kegetiran, kepayahan dan kecederaan yang dirasai oleh beliau.  Melalui siri drama ini penonton dapat berkongsi secara eksklusif akan saat-saat kehidupan yang dilalui oleh beliau hingga ke akhir hayatnya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri hebat , The Legend of Bruce Lee bermula 17th October 2008, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.30pm hanya di 8TV.  8TV juga boleh ditonton melalui saluran alternatif 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PENERBIT FILEM GENTAYANGAN DITIPU

Kisah Cinta Noniswara Baharuddin Dengan Datuk R