Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





THE JANICE DICKINSON MODELING AGENCY

Salah seorang model terkemuka di Amerika Syarikat - Janice Dickinson kini kembali dengan agensinya untuk musim kedua, pada hari Jumaat, jam 11 malam bermula pada 30 Mei 2008 dengan lebih banyak drama hanya di 8TV!

The Janice Dickinson Modelling Agency ialah rancangan realiti televisyen yang mengikuti suka-duka kehidupan bekas peserta rancangan Surreal Life serta bekas juri tetap rancangan America’s Next Top Model, Janice Dickinson dalam merasmikan agensinya tersendiri yang dinamakan The Janice Dickinson Modelling Agency.

Berbekalkan pengalamannya selama 30 tahun, Janice mengambil keputusan untuk menubuhkan agensinya tersendiri pada bulan November 2005.

Menurut Pengurus Pesar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi  di 8TV, Cik Lam Swee Kim,

“Rancangan The Janice Dickinson merupakan sebuah rancangan yang pastinya membuka mata banyak pihak terutamanya dalam bidang peragaan. Rancangan ini bukan hanya berkisar mengenai jatuh-bangkit seseorang yang bergelar peragawati tetapi juga tentang pahit manis dalam menguruskan sesebuah agensi peragaan. Walaupun Janice merupakan seorang model terkemuka semasa zaman kegemilangan beliau, menjalankan perniagaan agensi peragaan adalah berlainan sama sekali.”

“Dalam musim kedua rancangan ini, Janice akan bersikap lebih tegas dalam menghadapi sebarang permasalahan yang menimpa. Lebih banyak konflik dan isu timbul sepanjang musim ini yang akan membuat peminat rancangan serta penonton tertanya - tanya apa yang akan berlaku seterusnya.”

Dalam episod pertama pada musim kedua ini, Janice yang kembali dari percutian untuk mencari beberapa orang model kecewa dengan cara rakan perniagaannya, Peter Hamm menguruskan perniagaan semasa peninggalannya. Setelah beberapa masalah tertangguh diselesaikan, Janice mengucapkan tahniah kepada peragawari-peragawati yang telah memberikan hasil yang terbaik.

Setelah perbincangan Janice dan Peter bersama Paul Ramirez yang meninggalkan agensi tersebut biarpun dihalang oleh mereka kerana masih terikat dengan kontrak, serta Timika Robinson yang mengumumkan kehamilannya, Janice mengambil keputusan untuk mengadakan ujibakat untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Sebanyak 3000 orang peserta telah hadir dalam sessi ujibakat yang diadakan. Janice telah memilih ramai calon yang berkelayakkan untuk hadir ke sessi ujibakat yang kedua pada keesokkan harinya termasuklah peserta dari Survivor: Cook Islands, JP Calderon.

Sementara itu, Janice bertemu dengan wakil dari aussieBum, pereka pakaian dalam dari Australia yang memerlukan lima orang model yang akan diberikan bayaran sebanyak $10,000. Bagi memberikan pelanggannya pilihan yang pelbagai, Janice dan Peter sekali lagi telah mengadakan sessi ujibakat terbuka di salah sebuah kelab terkemuka di Hollywood yang dipanggil ‘The Abbey’.

Walau bagaimanapun, beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku membabitkan seorang model dan wakil dari aussieBum. Ini telah menyebabkan salah faham di antara mereka sehingga mengakibatkan terbatalnya kontrak dan telah menyebabkan salah seorang  model itu kehilangan kerjayanya.

Siapakah yang akan dipecat? Wakil manakah yang enggan bekerjasama lagi dengan Agensi Janice? Adakah banyak lagi masalah yang akan timbul?

Jangan ketinggalan untuk menonton The Janice Dickinson Modelling Agency musim kedua untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya pada setiap hari Jumaat, jam 11 malam bermula pada 30 Mei 2008 hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Abbey dan Janice: Beauty and the Best di 8TV
  • Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom
  • StarCeleb - Your Road To Stardom!
  • Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV
  • Deejay Radio Hot FM Faizal Ismail FBI Bela Jin?
  • Gambar Sneak Preview M-IFW di The Garden
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • KAMAL ADLI DUTA HANDYCAM SONY
  • TV3 A DARKER AND EDGIER THEME FOR APRIL’S PANGGUNG SABTU!
  • David Teo Mahu Kongsi Petua, Tips Promosi & Rezeki



  • 9 Komen untuk entri “THE JANICE DICKINSON MODELING AGENCY”

    1. naNaku kata:

      she’s so rude…i dnt like her…cian model2 yg baru sik2 kena mrh jek n wt benda yg bukan2…alaa si janice nie da tua da…tp x sedar diri langsung… i prefered to watch america’s next top model…tyra banks lebih baik dr dia..and cara tyra berckp x pnh kasar…kalo slh pun dia ckp baik2…. :)

    2. obefiend kata:

      isn’t this a rerun?

      i think i saw these episodes 2 years ago or something. as for janice.. she is a dinosour. leathery skin and bolt on tits….. not good for my eyes

    3. lady_carlorino kata:

      Kalau tak silap aku dia ni supermodel pertama di dunia… aku ada gak beberapa kali tengok rancangan dia ni.. not bad.. memang betul cara dia menegur kesalahan model2 baru tu… dia tak nak model2 baru ni naik lemak dan pijak kepala… biar rasa susah dulu baru senang…

    4. mrs. andy kata:

      agree wit lady_carlorino BUT sometimes she juz rude….
      maybe die pikir die tu supamodel, die leh la wat camtuh..
      but, wat da most i hate abt her is her plastic face n body..
      ntah brape byk ntah die dah cucuk kat muke 2 smpai dh jadik laen macam dah…
      i prefer ANTM moreee… tyra lebih baek, brdiplomatik n lebih mesra dgn pserta2 tuh sumer…
      n si janice ni pon ade gak kuar kat antm dulu2, n gosh she juz overacting n exaggarate things too much…
      love tyra.. xD

    5. naNaku kata:

      ye ye ye ye ye na sokong mrs andy…tyra better than her la… yup janice da digantikan dgn twiggy ( legendary fashion icon ) yg jauh lebih berperasaan dr janice ni… :) yup muke janice nie nmpk da kedutnye… hahaha

    6. lady_carlorino kata:

      Bagi aku, kedut tak kedut lain kira… padanlah dgn umur dia tu.. yang penting tunjuk ajar dan ilmu dia tu sampai kat model2 baru… masing2 ada cara yang tersendiri nak menyampaikan pengalaman dan ilmu… mungkin janice nak bagi model2 ni rasa betapa sukarnya nak mencapai tahap supermodel kalau tak tahan kena maki hamun, lemah semangat dan tak pandai berdikari… dia sebenarnya nak ajar model2 ni supaya tahan lasak dan percaya pada diri sendiri…

    7. naNaku kata:

      whtever la lady oiiii…yg penting i dnt like the way she tought the new model… k.. :P

    8. mrs. andy kata:

      yeah..
      support nanaku…!!!!
      doesnt mean ajar dgn cara yg lmbut 2 x brkesan…
      n ajar dgn cara kasar 2 brkesan..
      btol x???

    9. Bobby Manson kata:

      hi there.
      i just read almost all the comment from the viewers. and i found out that they are offended with J.D’s “way”. it is true that she is the first supermodel in the modelling industry. there are the reason why she became so intense when doing the modelling shoot stuff. she is loud and transparent. i am not backing her up but IF YOU WERE GIVEN A CHANCE TO BE J.D FOR AN HOUR, you will know the reason she became so harsh.
      she is the living proof of the forever-harsh modelling world.

      people around you wants you to look good in everything you do. you must take a good care of everything!!!!!every single damn thing!!!! she wants a perfection in everything you do. not because of her alone but she knows what is best for her model. she’s been modelling for ages. keep that in mind!!!!

      we said to everybody that we are an open-mind person. the truth is we are not so open. we can’t stand to be cursed. we can’t stand to be scold 24/7. we can’t this, we can’t that. all we want is to be spoiled and spoiled.

      i am upset enough with our people. ask other successful people you know on how they manage to be like they are now. they will say that they are harsh towards themselves. they know how is the world out there. when me myself watch JDMA, it is actually a piece of the harsh world. grow up!

      tyra and janice is different.
      tyra search for new model because they are bound to Elle, Ford and so forth and when the winner is announced, she won’t have anything else with tyra anymore. but janice is somthing else. she is an agent. she must take a good care of her models.

      i heard many wants me to stop but i wanna say that it’s better crying and peeing in my pants because janice scold me. morever, i am an open minded person. da…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET