Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









The Janice Dickinson Modeling Agency



THE JANICE DICKINSON MODELING AGENCY Dia kembali…! 

Tarikh Siaran : 21 Ogos 2009, Jumaat
Masa: 10.30pm
10 Episod
     

Siapa yang tidak kenal dengan Janice Dickinson. Seorang model terkenal dan  popular sekitar tahun 80-an dan bermulut celupar.  Janice Dickinson kembali bersama agensi beliau untuk musim yang ke-4. The Janice Dickinson Modeling Agency akan disiarkan secara PERCUMA menerusi saluran hip 8TV bermula 21 Ogos 2009, setiap Jumaat jam 10.30 malam!

Konsep dicipta oleh Janice sendiri, program realiti ini membawa kita melihat bagaimana Janice mengendalikan sebuah agensi model. Pengalaman selama 30 tahun dalam dunia peragaan banyak membantu Janice dalam memilih model-model yang bagus.

“The Janice Dickinson Modeling Agency kembali dengan musim terbaru di 8TV. Musim terbaru ini pastinya lebih menghiburkan dan lebih banyak drama! Semoga anda semua terhibur,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Di dalam musim baru ini memaparkan bagaimana Janice telah menamatkan usahasama dengan rakan perniagaan Peter Hamm dan bercadang untuk mengambil model-model baru termasuk seorang model cacat pendengaran Martin Ritchie.

Musim ini juga anda dapat menyaksikan Janice membuka sebuah agensi baru di sebuah villa yang diberi nama ‘Model House’. Setelah menutup perniagaan di Hollywood dan Highland, Janice turut memilih beberapa model baru untuk untuk bekerja dengan agensi beliau.

Paling mengejutkan apabila Janice mengumumkan yang beliau akan turut tinggal di rumah yang sama untuk memantau kehidupan model-model beliau. Janice juga menghadapi kesukaran apabila ada permintaan daripada klien untuk model yang bersaiz besar. Walaupun Janice tidak berapa menggemari idea tersebut, beliau terpaksa akur dengan kehendak klien.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan The Janice Dickinson Modeling Agency (Musim ke-4) yang akan menemui anda setiap Jumaat jam 10.30 malam bermula 21 Ogos 2009 hanya di saluran hip 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro anda. Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari mobile.8tv.com.my.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • The Janice Dickinson Modeling Agency Season 3 di 8TV
  • THE JANICE DICKINSON MODELING AGENCY
  • Abbey dan Janice: Beauty and the Best di 8TV
  • Konsert Janice My First Concert in Malaysia 2008 by Channel X Celcom
  • Program Menarik Sempena Krismas di 8TV
  • Airasia Appoint Phar Partnerships To Be Exclusive Sales Agency
  • Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV
  • Amber Chia, Dior & Wilson Tan ke 6th Asian Model Festival Awards 2011
  • StarCeleb – Your Road To Stardom!
  • Bagaimana Menghasilkan Model Portfolio secara PERCUMA!





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK