in

The Iron Lady Menang Besar dalam Golden Awards 2010

PEMENANG GOLDEN AWARDS DINOBATKAN!

Meraikan Kecermelangan dalam Industri Televisyen Cina Tempatan
(Drama The Iron Lady merupakan pemenang terbesar!)

Golden Awards – anugerah berbahasa Cina yang julung kalinya di Malaysia – menobatkan pemenang-pemenang pada malam ini yang dipancarkan secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Artis tempatan dan antarabangsa yang menghadiri anugerah berprestij ini turut menggayakan pakaian mereka yang glamor di karpet merah.

The Iron Lady Team
The Iron Lady

Sebanyak 19 pemenang telah dinobatkan di rancangan anugerah beriktiraf yang paling berprestij di industri televisyen berbahasa Cina tempatan yang dibawakan khas oleh ntv7. Anugerah ini akan mengiktirafkan kecemerlangan mereka yang telah berkerja tanpa mengenal lelah di depan ataupun di belakang tabir dan memartabatkan lagi industri Malaysia ke persada dunia.

Rancangan anugerah yang berprestij ini dibahagikan kepada beberapa kategori, di mana kategori “Pelakon Lelaki Terbaik”, “Pelakon Wanita Terbaik”, dan “Drama Terbaik” telah diberi tumpuan yang lebih. Selepas berbulan-bulan bertanding, “The Iron Lady” dinamakan sebagai Drama Terbaik, manakala Melvin Sia (Romantic Delicacies) dinamakan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Yeo Yann Yann (The Iron Lady) sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

“Saya di kira amat bertuah dinobatkan dengan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan ini telah memberikan pengiktirafan kepada saya setelah lama dalam bidang lakonan,” kata Yann Yann.

Best Supporting Actor & Best Supporting Actress - Ernest Chong & Seck Fook Yee
Best Supporting Actor & Best Supporting Actress – Ernest Chong & Seck Fook Yee

Best Magazine Program Host - Chan Wei Wei
Best Magazine Program Host – Chan Wei Wei

Anugerah lain yang dinanti-nantikan dalam Kategori Drama malam ini termasuklah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, dan Pelakon Baru Terbaik, yang dimenangi oleh Ernest Chong (My Kampong Days), Seck Fook Yee (The Iron Lady), dan Yise Loo (Goodnight DJ).

Pemenang bagi Kategori Bukan Drama pula ialah – Owen Yap (Hos Berita dan Hal-ehwal Semasa Terbaik DAN Hos Program Variety & Hiburan Terbaik), Chan Wei Wei (Hos Program Majalah Terbaik), dan Cherly Lee (Hos Program Realiti Terbaik).

Dalam pada itu, Melvin Sia dan Debbie Goh tergamam apabila mendapat undian tertinggi bagi Pelakon Lelaki Paling Popular dan Pelakon Wanita Paling Popular dalam Kategori Pilihan Penonton malam ini. Penonton juga mengundi “The Iron Lady” sebagai Drama Paling Popular.

Pelakon wanita veteran, Lai Meng turut diberi penghormatan dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk bakat dan usahanya dalam bidang pelakonan selama lebih daripada 50 tahun. Lai Meng yang berumur 83 tahun masih lagi merupakan salah seorang artis yang paling popular dalam negara. Para hadirin yang hadir turut berdiri sambil memberikan tepuk sanjungan kepada beliau selepas ucapannya.

Di antara barisan penyampai dan penghibur terkemuka Golden Awards termasuklah para artis tempatan yang bertaraf antarabangsa – Fish Leong, Nicholas Teo, Jac Wu, Thomas & Jack, dan Chen Jia Kai. Para hadirin dan para penonton juga dihiburkan oleh barisan artis antarabangsa yang terbaik seperti artis muda dari Hong Kong – Aarif Rahman – yang baru-baru ini dianugerahkan dengan gelaran “Artis Baru Terbaik” di Hong Kong Film Awards yang ke-29, artis antarabangsa yang disanjungi ramai dan juga bekas pemain violin elektrik kumpulan Shadowfax yang pernah memenagi Anugerah Grammy – Jamii Szmadzinski, hos veteran Singapura – Quan Yi Fong, dan juga idola kesukaan orang ramai di Taiwan – Sam Lee dan Godfrey Gao.

Kesemua pemenang dalam 19 sub-kategori telah membawa pulang trofi emas berprestij Golden Awards serta hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan daripada para penaja kategori yang terdiri daripada Hong Kong Sa Sa (M) Sdn Bhd,Cotra Enterprises Sdn Bhd, Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Hai-O Enterprise Berhad, Tongee (KL) Sdn Bhd, dan Alliance Cosmetics Sdn Bhd, yang masing-masing telah bantu menjayakan acara ini.

Mereka yang tidak berpeluang untuk menyaksikannya secara langsung di PICC atau di kaca televisyen nanti tidak perlu gusar, kerana siaran langsung Golden Awards berserta acara Karpet Merah boleh ditonton menerusi laman web rasmi Golden Awards di www.ntv7.com.my/goldenawards.

Pemenang Kategori Drama:-
Drama Terbaik: The Iron Lady
Pelakon Lelaki Terbaik: Melvin Sia (Romantic Delicacies)
Pelakon Wanita Terbaik: Yeo Yann Yann (The Iron Lady)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ernest Chong (My Kampong Days)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Seck Fook Yee (The Iron Lady)
Pelakon Baru Terbaik: Yise Loo (Goodnight DJ)
Lagu Tema Drama Terbaik: The Iron Lady (Penyanyi: You Di)
Pemenang Kategori Bukan Drama:-
Program Berita dan Hal-ehwal Semasa Terbaik: Siasat Mandarin (Kes Pekerja Asing)
Hos Berita dan Hal-ehwal Semasa Terbaik: Owen Yap
Program Majalah Terbaik: My Home
Hos Program Majalah Terbaik: Chan Wei Wei (Finding Angels)
Program Realiti Terbaik: Ultimate Power Group
Hos Program Realiti Terbaik: Cheryl Lee (Project Superstar 3)
Program Variety & Hiburan Terbaik: Double Triple Or Nothing
Hos Program Variety & Hiburan Terbaik: Owen Yap (Deal Or No Deal)
Pemenang Kategori Pilihan Penonton:-
Drama Paling Popular: The Iron Lady
Pelakon Lelaki Paling Popular: Melvin Sia
Pelakon Wanita Paling Popular: Debbie Goh
Hos / Penyampai Bukan Drama Paling Popular: Gary Yap

Best Newcomer - Yise Loo
Best Newcomer – Yise Loo

Most Popular TV Presenter and Host for Non-drama - Gary Yap
Most Popular TV Presenter and Host for Non-drama – Gary Yap

Most Popular Actress - Debbie Goh
Most Popular Actress – Debbie Goh

Best Current Affairs Host AND Best Variety & Entertainment Program Host - Owen Yap
Best Current Affairs Host AND Best Variety & Entertainment Program Host – Owen Yap

Best Actor & Most Popular Actor - Melvin Sia2
Best Actor & Most Popular Actor – Melvin Sia2

Best Actor & Most popular Actor - Melvin Sia
Best Actor & Most popular Actor – Melvin S

Best Actor & Best Actress - Melvin Sia & Yeo Yann Yann
Best Actor & Best Actress – Melvin Sia & Yeo Yann Yann

Best Actress - Yeo Yann Yann
Best Actress – Yeo Yann Yann

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Life after People History Channel

Jom Ke Ujibakat Program Famili Sarjana Astro Oasis