in

Siapa Selebriti Pilihan dalam THE HOUSE Musim Ke-2

Melihat kepada kejayaan dan penerimaan positif penonton kepada program realiti digital pertama di portal Astro Gempak berjudul ‘THE HOUSE’ menampilkan adik-beradik ‘The Maembong Sisters’ iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong sebagai tonggak utama pada musim lepas, pihak Astro dengan berbesar hati membawakan kembali program menarik ini dengan selebriti yang berlainan untuk musim yang terbaharu.

Siapakah selebriti pilihan yang bakal diketengahkan menerusi program ‘THE HOUSE’ untuk musim ini?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi sewaktu majlis sidang media yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2016 MTV EMAS Embraces Fans-First Innovation

Yang Anda Patut Tahu Tentang GENTLEMEN’S TONIC