in

The Heaven Sword And Dragon Sabre

Pengembaraan penuh aksi di 8TV!

The Heaven Sword And Dragon Sabre

Best of the East
The Heaven Sword And Dragon Sabre
Hari Siaran / Masa : Isnin – Jumaat, 8.30pm – 9.30pm
Tarikh Siaran : 17 Mac – 11 Mei 2010
Bahasa : Mandarin
Jumlah Episod: 40 x 60 minit

Pelakon : Deng Chao, Shi Lei, Ady An, Liu Jing, He Zhuo Yan, Zhang Meng

Berita baik kepada peminat drama Korea yang menjadi penonton setia slot Best Of The East, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30malam. Sebuah drama baru Korea berjudul The Heaven Sword And Dragon Sabre bakal menyusul pada pertengahan bulan Mac ini bermula 17 Mac 2010.

Berlatar belakangkan akhir Dinasti Yuan, drama yang diadaptasi dari sebuah novel terkenal mengisahkan tentang 2 senjata yang sangat berharga dan mempunyai kuasa yang luar biasa yang dikenali Heaven-Reliant Sword dan Dragon-Slaying Saber. Kedua-dua senjata yang sangat bernilai ini menjadi rebutan oleh ramai pahlawan kerana desas-desus mengatakan bahawa salah satu atau kedua-dua senjata ini dapat memberikan kuasa kepada pemilik pedang tersebut untuk menawan wilayah di China.

Watak utama dalam cerita ini adalah seorang budak lelaki, Zhang Wuji, yang dibesarkan di kawasan pulau terpencil bersama kedua ibu-bapanya dan juga seorang sifu, Xie Xun. Semasa dalam perjalanan pulang ke tanah besar China, mereka diserang oleh penjahat. Meskipun Zhang Wuji terselamat, namun beliau kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Perjalanan hidup harus diteruskan, penerokaan Zhang Wuji telah membawa beliau menjumpai transkrip yang telah lama hilang “Nine Yang Manual”. Transkrip ini dapat membantu beliau menjadi seorang pahlawan yang handal dan setelah bertarung dalam banyak pertarungan, beliau beroleh kemenangan dan disegani oleh rakyat setempat.

Selepas melalui banyak pertarungan, Zhang Wuji mendapati dirinya terjerat dalam sebuah percintaan yang kompleks dan rumit dimana beliau telah jatuh cinta dengan 4 orang gadis dalam masa yang sama. Gadis pertama yang dapat menawan hatinya ialah Yin Li, sepupunya yang kurang dari segi rupa paras. Kedua ialah Xiaozhao, hamba kacukan China-Parsi yang sangat cantik dan amat memahami diri Zhang Wuji. Gadis ketiga ialah Zhou Zhiruo, rakannya yang membesar bersama-sama sejak kecil dan mereka mempunyai ikatan yang sangat kuat. Akhir sekali, Zhao Min, seorang puteri Mongolia dan juga merupakan bekas musuhnya. Siapakah gadis yang benar-benar dicintainya? Bagaimana pula dengan pertarungan yang mendatang?

Drama bersiri arahan Zhao Jian ini dibintangi oleh Deng Chao, Shi Lei, Ady An, Liu Jing, He Zhuo Yan dan Zhang Meng. Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menonton drama ini.

Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim berkongsi pandangan mengenai drama ini ”Di 8TV, kami menyediakan hanya yang terbaik untuk peminat dan penonton kami. Oleh sebab itulah kami memutuskan untuk menyiarkan drama terbaik Korea The Heaven Sword And Dragon Sabre yang akan mula bersiaran pertengahan bulan ini. Jangan lupa menonton drama percintaan hebat ini! ”

Jangan lupa untuk menyaksikan drama cinta yang penuh aksi The Heaven Sword And Dragon Sabre sebanyak 40 episod ini setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8.30 malam, bermula 17 Mac 2010 di 8TV dan saluran Astro 708.

Kini, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit di mobile.8tv.com.my ataupun melayari laman sesawang rasmi kami www.8tv.com.my. Selamat mononton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Dadah Dalam Telemovie Di Garisan Takdir

Baki Zainal Naikkan Rating Step Forward Musim 6