in

The Fabulous Cats Lancar Single Terbaru Sebulatnya

[dropcap]S[/dropcap]ingle terbaru berjudul Sebulatnya telah dilancarkan beberapa hari lalu sesudah mendapat tempat untuk berkumandang di corong radio. Bagi The Fabulous Cats, single terbaru ini adalah permulaan kerjasama di antara TFC dengan syarikat rakaman Nova Music. Selepas sekian lama menyepi, Nova Music merasakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk TFC membuat comeback lalu membuat tawaran kepada kumpulan ini lewat tahun lalu untuk bekerjasama dengan Nova Music dalam penghasilan single terbaru. Dalam banyak-banyak lagu yang dicadangkan Cat Farish selaku komposer dan penerbit untuk rakaman single ini, pihak Nova Music akhirnya memilih lagu “Sebulatnya” yang mempunyai melodi dan lirik yang menarik serta permainan suara yang lain dari biasa.

[pullquote align=”right”]Lagu “Sebulatnya” menampilkan sentuhan Lok Yu (Arranger/Keyboard), Benjamin Sevang (Gitar), Tripdisz (Drum) dan Illegal (Mixing).[/pullquote]

Rakaman single tersebut dibuat di studio Platinum dan SevenFourSeven dan proses mastering pula disempurnakan oleh Andrew Edgson di Studios 301, Australia.

Selepas dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, “Sebulatnya” mula mendapat kejayaan awal di radio apabila berjaya menembusi carta ‘SURIA 30’, ‘CATS TOP 30’ dan Top 10 beberapa lagi stesen radio RTM negeri termasuk PERLIS FM, SANDAKAN FM dan MIRI FM! Lagu ini juga melatari drama bersiri popular kini, ‘Epilog Cinta Khirana’ yang bersiaran dalam slot Samarinda TV3 sebagai lagu tema. Drama bersiri kisah cinta mendebarkan yang hampir sampai ke klimaksnya minggu ini dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat termasuk tonggak-tonggak utama, Tasha Shilla dan Nazim Othman dan berjaya menarik rating hampir 2 juta!

Klip video “Sebulatnya” diterbitkan syarikat produksi Loulpop Pictures dan diarahkan Khairul Hazwan yang pernah bertindak sebagai pengarah klip-klip video “Tapi Bagaimana” (Spider), “Pendusta” (Aliff Aziz) dan Dia Lydia” (Klangit) sebelum ini. Kumpulan TFC sanggup ditahan seharian di dalam lokap untuk mengikut papan cerita video klip “Sebulatnya” yang turut menampilkan Tasha Shilla dalam satu adegan pembunuhan mengejutkan!

The Fabulous Cats

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Akhir Bintang Mencari Bintang Cecah 5 Juta Penonton

ChatON Lancar Iklan TV & Kerjasama Dengan Starbucks