in

The Event di TV2

Siri Ingggeris Bercorak Sains Fiksyen Terbaharu The Event Setiap Rabu di TV2

Siri televisyen Inggeris yang mengandungi unsur-unsur fiksyen sains, pengembaraan dan alegori politik The Event antara tarikan terbaharu program menarik dijanjikan Radio Televisyen Malaysia yang menemui penonton setia TV2 setiap Rabu, jam 12.30 tengah malam.

Drama bersiri arahan Nick Wauters yang membariskan pelakon Jason Ritter, Sarah Roemer, Ian Anthony Dale dan Zeljko Ivanek menerusi 22 episod siarannya berkongsi kisah berlaku pada akhir Perang Dunia II dimana sebuah kapal kraf tidak dapat dikawal pemanduannya hingga menyebabkannya terhempas dalam Banjaran Brooks utara Alaska. Ia membawa penumpang yang kelihatan zahirnya manusia, tetapi sebenarnya mereka adalah kelompok makhluk yang berasal dari ruang angkasa.

The Events

DNA mereka hanya menunjukkan perrbezaan satu peratus daripada manusia dimana hanya pergerakkan umur mereka berlaku perlahan. Sembilan puluh tujuh orang yang terselamat telah ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan ditempatkan berdekatan dengan Gunung Inostranka yang dikendalikan oleh agensi perisikan. Ianya kerana mereka enggan untuk mendedahkan banyak tentang asal mereka.

Sementara itu bagi sebahagian mereka yang terselamat telah berjaya melarikan diri. Untuk meneruskan kehidupan, mereka menyamar dan hidup dikalangan penduduk di situ tanpa disedari masyarakat setempat.
Presiden Martinez tahu tentang kewujudan mahkluk tersebut sebaik selesai perasmian dan ucaptama beliau dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin tahanan bagi melepaskan mereka dan mendedahkan kewujudan mereka di seluruh dunia. Namun bantahan diterima daripada agensi perisikan.

Rancangannya terhenti apabila cubaan pembunuhan ke atasnya digagalkan dengan cara yang melampaui teknologi manusia. CIA menyedari terdapat mahkluk asing lain dan secara diam-diam merancang untuk mencari dan menahan mereka. Tanpa diketahui oleh agensi, ejen yang dipilih untuk mengetuai usaha menangkap makhluk asing itu sendiri sebenarnya makhluk asing yang ingin diperangkap mereka.

Lalu ketika itulah makhluk asing yang terlibat mula merancang misi mahu membalas dendam terhadap penganiayaan dilakukan manusia terhadap mereka.

Saksikan bagaimana seterusnya dan kesudahan drama bersiri misteri sains fiksyen ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAHARAJA LAWAK MEGA

Jelajah Promosi AIM18 ke Plaza Alam Sentral