in

The Buried Life New Season

THE BURIED LIFE MUSIM TERBARU

EKSKLUSIF DI 8TV

Tarikh siaran: 2 Februari 2012 – 5 April 2012
Hari: Khamis
Masa: 9.30 malam
Episod: 10
Bahasa: Inggeris

8TV sekali lagi bakal membawakan kepada anda siri dokumentari popular The Buried Life.

“The Buried Life” membawa anda mengikuti kehidupan sebenar empat jejaka yang ingin membuktikan kita semua mampu melakukan sesuatu! Mendapat inspirasi dari soalan: “Apa yang anda ingin lakukan sebelum anda mati?” telah membawa empat jejaka ini kepada sebuah rancangan televisyen yang pastinya memberi inpirasi kepada semua penonton.

the buried life

Siri ini bakal disiarkan secara eksklusif setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 2 Februari 2012 di saluran hip 8TV.

Rancangan ini akan membawa penonton mengikuti perjalanan empat sahabat Ben, Jonnie, Duncan dan Dave untuk memenuhi ‘100 impian yang ingin mereka lakukan sebelum mereka mati’. Setiap kali mereka berjaya memenuhi impian mereka, mereka perlu membantu orang lain untuk merealisasikan impian mereka.

“The Buried Life’ dirakamkan dalam waktu sebenar tanpa sebarang manipulasi. Duncan, Ben, Jonnie dan Dave bersedia untuk merealisasikan 100 impian mereka termasuklah untuk bertemu dengan Rachel McAdams dan tersenarai dalam Guinness Book of World Records. Namun mereka juga mempunyai matlamat tersendiri apabila mereka perlu merealisasikan impian orang lain sekiranya setiap kali impian mereka tercapai.

Walaupun program ini merupakan sebuah program hiburan, namun anda tidak dapat membandingkan ‘The Buried Life’ dengan realiti komedi yang lain kerana rancangan ini penuh dengan aksi bersahaja dan pasti anda tidak kering gusi melihat telatah dan aksi ‘gila-gila’ keempat-empat sahabat ini!

“Program ini cukup menghiburkan dan membuat anda terfikir tiada yang mustahil di dunia ini sekiranya anda mempunyai impian dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu! Pastikan anda menonton ‘The Buried Life’ di 8TV” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Descendant Drama Mega Blokbuster 2012 di ntv7

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12