in

The Brilliant Mind

The Brilliant Mind

Tarikh siaran: 15 Januari 2012 – 10 Jun 2012
Hari / Masa: Ahad, 7.00 – 8.00 malam
Bahasa: Mandarin
Episod: 22 x 30 minit

Bagi yang meminati program berbentuk ‘gameshow’, ini merupakan program yang harus anda tonton. 8TV mempersembahkan ‘game show’ terbaru The Brilliant Mind. Program ‘gameshow’ yang melibatkan IQ dan nombor ini sesuai ditonton seisi keluarga. The Brilliant Mind akan menemui anda setiap Ahad, jam 7.00 malam bermula 15 Januari 2012.

TheBriliantMind

Saksikan 10 keluarga berentap dalam pertandingan ini merebut tempat sebagai juara sekaligus memenangi hadiah bernilai RM50, 000. Setiap kumpulan dianggotai tiga orang peserta dan masing-masing perlu menjawab soalan kuiz, mengenalpasti petikan video dan mendapatkan kombinasi nombor yang tepat untuk memastikan mereka kekal dalam pertandingan. Kumpulan mana yang mempunyai daya ingatan dan IQ yang tinggi? Segalanya akan terjawab dalam The Brilliant Mind.

“Pelbagai program menarik telah kami susun sempena tahun baru ini. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan variasi program menarik dari kami antaranya ‘game show’ terbaru The Brilliant Mind yang pastinya mencabar minda penonton.” Ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7. Sertai pengacara popular Owen Yap menyaksikan aksi peserta dalam ‘game show’ The Brilliant Mind yang akan mula bersiaran 15 Januari 2012.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

THE BRILIANT MIND-Ep2b

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABC Monsters Cartoon Network

Program Menarik Sempena Chap Goh Mei di 8TV