in

The Best Years di 8TV Lakonan Charity Shea, Bramdon Jay McLaren

Zaman kolej bukan sahaja zaman menuntut ilmu tetapi juga untuk mengenali erti sebuah kehidupan. Setiap Ahad @10 malam. 8TV dengan bangganya mempersembahkan The Best Years, sebuah kisah zaman kolej!

Hasil ciptaan penerbit dan penulis Aaron Martin, siri drama remaja ini mengisahkan tentang perjalanan hidup sekumpulan pelajar kolej yang datang dari pelbagai latar belakang yang baru sahaja mengenal erti persahabtan, percintaan dan juga rahsia masa lampau.

“Sudah sekian lama kisah-kisah pelajar kolej menerusi siri drama TV seperti ‘Beverly Hills’ dan ‘Class of 96 dipaparkan di kaca TV. Kami merasakan ini masa terbaik untuk mengembalikan memori zaman kolej tersebut kepada penonton setia kami. Walaupun perjalanan ceritanya seakan-akan sama dengan kisah TV remaja yang lain, siri drama TV ini tidak ketinggalan untuk memaparkan nilai-nilai murni dalam membuat keputusan yang sekaligus akan mempengaruhi masa hadapan mereka,” ujar Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul.

“Barisan pelakon yang ditampilkan melalui siri drama TV ini juga adalah muka-muka baru dalam dan perkembangan ini tentunya disambut dengan baik. Sebagai kesimpulan, The Best Years adalah sebuah drama siri TV baru yang dinanti-nantikan dan kami yakin ia akan menjadi siri wajib tonton semua,” jelas Airin lagi.

Berlatar belakangkan di Boston, Massachusetts, siri ini mengisahkan tentang Samantha Best (Charity Shea).  Dia menerima tawaran biasiswa bagi menghadiri  pengajian di salah sebuah universiti terunggul, Charles University yang juga dikenali sebagai Ivy League di kalangan para pelajar.

Samantha amat risau untuk menyesuaikan diri dan mencari kenalan dalam persekitaran baru. Peristiwa silam apabila terpaksa berhadapan dengan kenyataan kematian kedua orang ibu bapa di usia mudanya dan disisihkan pula oleh saudara-maranya sehingga menyebabkan dia membesar di rumah anak-anak yatim nyata berjaya mendewasakannya membesar menjadi seseorang yang mempunyai personaliti yang mengagumkan.

Semasa Samantha sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di kolej, dia telah berkenalan dengan teman sebiliknya, Kathryn Klarner (Jennifer Miller) yang berasal dari keluarga berada dan memiliki ladang sendiri di Minessota. Kathryn tidak mempunyai sebarang masalah membiayai yuran pengajiannya di kolej kerana keluarganya mempunyai banyak wang. Tujuan utamanya menghadiri kolej pula ialah semata-mata mahu memenuhi tuntutan agendanya tersendiri iaitu untuk mencari seorang jejaka yang akan jatuh cinta padanya.

Siri drama ini juga memperkenalkan beberapa lagi watak-watak yang menyinari kehidupan Samantha seperti Devon Sylver (Bramdon Jay McLaren), seorang bintang bola keranjang di Charles University yang juga merupakan jejaka diminati Samantha.

Selain itu, watak sebagai seseorang yang sudah biasa hidup dalam kerdipan bintang sejak kecil lagi tetapi memberontak apabila masuk ke alam kolej di Charles University dibawa oleh Athena Karkanis sebagai Dawn Vargaz. Dia bertemu dengan Samantha dan menjadi sahabat baik sehinggalah Trent Hamilton (Niall Matter) menunjukkan lebih minat kepada Samantha berbanding Dawn. Watak Noah Jensen pula dibawa oleh Randal Edwards sebagai seorang yang periang dan mengambil berat tentang perihal rakan-rakannya. Noah juga memasang impian untuk berjaya di dunia Hollywood.

Watak-watak dalam cerita ini dikupas dalam setiap episod secara terperinci tanpa menjejaskan jalan cerita siri drama ini.

Kisah The Best Years ini secara keseluruhannya menceritakan bagaimana keputusan yang diambil semasa zaman kolej mempengaruhi masa depan masing-masing tidak kira sama ada yang baik mahu pun buruk selain dari kisah kehidupan Samantha Best.

Untuk mengetahui kesudahan siri drama TV ini, pastikan anda terus menonton The Best Years di 8TV pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro siaran 708.

[tags]drama The Best Years, programme 8tv, Charity Shea, Bramdon Jay McLaren, Aaron Martin, sinopsis drama the best years, synopsis The Best Years, lawak tahun baru, lawak krismas, cinta dua alam[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Project Superstar Musim ketiga di 8TV Kembali Lagi

Rangkaian Radio Media Prima Terus Kukuh Di Pasaran Radio