in

The Apprentice: Martha Stewart Kini Di 8TV

Donald Trump, anda ada pencabar baru! Kini tiada lagi Donald Trump sebagai “bos besar” sebaliknya Martha Stewart akan mengambil alih siri program realiti yang popular, ‘The Apprentice’, versi Martha Stewart. Siri ini akan mula ditayangkan untuk pertama kalinya di Malaysia di saluran 8TV!
 
Bermula 26hb Julai, setiap Khamis, jam 11.45mlm, para penonton boleh menonton ‘The Apprentice: Martha Stewart’ dan berkongsi pengalaman ‘bekerja’ bersama Martha Stewart yang tenang, bijak dan juga tegas ini dengan hanya menonton siri baru ini nanti.

Format siri ini telah diubah supaya bersesuaian dengan personaliti dan juga identiti Martha Stewart. Tugasan yang akan diberikan bertumpu pada bidang kepakaran Martha seperti bidang media, hiburan, masakan, hiasan dalaman, ketukangan, rekaan, perdagangan dan juga penggayaan. Rancangan ini melibatkan sekumpulan perantis yang telah terpilih yang melalui proses perantisan bersama Martha Stewart di syarikatnya – Martha Stewart Living Omnimedia (MSLO).

“Martha Stewart adalah seorang wanita yang menakjubkan. Selain suri rumah yang hebat, dia seorang pengurus perniagaan yang bijak dan merupakan salah seorang daripada ikon rakyat Amerika yang berjaya walaupun seorang bekas banduan, Semua ini membuktikan bahawa dia hanyalah seorang manusia biasa sama seperti kita yang pernah melalui saat kegemilangan dan kejatuhan dalam kehidupannya. Kini tibalah masa untuk kita mengiktiraf kebolehan dan bakat yang dimiliki oleh Martha dengan memberikannya penghormatan memainkan peranan yang penting dalam siri ini,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV. “Terdapat beberapa persamaan antara The Apprentice versi Martha Stewart dan juga versi Donald Trump. Apa yang membezakan kedua-dua rancangan ini ialah Martha berjaya mencipta suatu ‘kelainan’ dengan bersikap lebih sensitif dan juga lebih kreatif, terutama sekali semasa proses penyingkiran”.

Selain dari mengungkap ungkapan “Anda Dipecat!”, Martha mengambil langkah lebih proaktif dengan mengungkap ungkapan “Anda Tidak Berjaya Diterima…” dan memberikan nota terima kasih dan penjelasan mengapa peserta tersebut disingkirkan yang pasti akan menjadi sangat menarik!

Kesemua enam belas peserta tinggal di sebuah pagu yang mewah semasa produksi dan telah dipecahkan kepada dua kumpulan.  Mereka telah diberikan pelbagai tugasan yang berbeza. Kumpulan yang kalah terpaksa memilih dua orang untuk masuk ke bilik persidangan berjumpa dengan Martha dan dua penasihatnya; Alexis (anak perempuan Martha) dan juga pengerusi MSLO, Charles Koppelman, selaku pengurus projek. Salah seorang daripada mereka akan dihantar pulang di akhir mesyuarat nanti.

Kerja produksi The Apprentice: Martha Stewart kebanyakannya dilakukan di New York City dan kawasan Manhattan di bandar New York dan juga Connecticut. Kesemua peserta telah ditugaskan untuk melakukan pembidaan dan juga mereka sebuah bilik suite di hotel. Mereka juga perlu mengubahsuai semula cerita dongeng kanak-kanak kepada satu cerita kanak-kanak yang baru. Semua tugasan ini perlu dilaksanakan dengan baik jika mereka berhasrat untuk mara ke pusingan seterusnya.

Donald Trump merupakan penerbit eksekutif untuk rancangan ini bersama-sama rakannya, Mark Burnett, seorang penerbit program realiti dan mereka berpendapat bahawa rancangan ini merupakan sebuah rancangan francais yang bagus kerana ia berkaitan dengan masalah perniagaan di tempat kerja yang sebenar dan menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai yang ingin menceburi bidang ini. Jangan lupa untuk menonton siri ‘The Apprentice: Martha Stewart” secara eksklusif di 8TV, setiap Khamis malam, bermula 26hb Julai, jam 11.45 malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Channel 18.

[tags]The Apprentice, Donald Trump, Martha Stewart, 8TV, program tv, lost, axn, csi, CNN News, sports, news sports, sejarah, biografi Marilyne Monroe, main tennis, court, fired, bomba, airin zainul, siti nurhaliza berlakon my name is remy, siti berlakon teater, fauziah latiff bercerai, gee bercerai, jee perpisah, cerita 18sx, cream color, gambar beego bertunang, intan shahira, Malaywood, off white baju kahwin, pelakon cerita puteri, perkahwinan melayu, phyne ballerz, reka pelamin, samping melayu, skandal gadis melayu, wedding dressartis kahwin, cerita 18sx, cream color, gambar beego bertunang, intan shahira, Malaywood, off white baju kahwin, pelakon cerita puteri, perkahwinan melayu, phyne ballerz, reka pelamin, samping melayu, skandal gadis melayu, wedding dress, Sinopsis kayangan, Gambar, foto, sidang media anugerah era, perceraian fauziah latif[/tags]

martha steward

martha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Liyana – M Nasir Temui Saliha Untuk Mawi

Sekitar Showcase Letto di Ruums Life Centre Kuala Lumpur