in , ,

Ada Sebab The Alif Lancarkan Single Baru Berjudul RAMADHAN

Menjelang tibanya bulan Ramadhan tahun ini, telah mendorong kepada penciptaan lagu Ramadhan oleh THE ALIF.

Bernaung di bawah label AJ Music Malaysia, THE ALIF merupakan band yang berkonsepkan Brit Pop dengan membawa lagu lagu berunsurkan kehidupan dan kemanusiaan, Dianggotai oleh : Aliff Hassan selaku vokalis, Meor Ian (Gitaris) Khubaib (Bassist) dan Arm Mazlan (Drum) masing masing berasal dari Ampang Selangor.

Ada Sebab The Alif Lancarkan Single Baru Berjudul Ramadhan Feat Adi Akmal, Firdaus If-One Puteri Firdaus & Putera Aiman

Single terbaru ini berjudul RAMADHAN kali ini menampilkan kelainan dari sisi penciptaan
lagu dari THE ALIF, berkonsepkan ketuhanan dan membawa sentuhan inang & kontemporari kali ini THE ALIF berkolaberasi dari beberapa penyanyi nasyid Adi Akmal dan Firdaus If-One juga dibantu oleh adik adik Puteri Firdaus dan Putera Aiman

Lagu Ramadhan ini lebih kepada mesej menyampaikan tentang mulianya bulan ramadhan sesuai di dengar oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak kanak kerana melodinya yang ringkas dan mudah di hafal.

Selain itu kumpulan “The Alif” berharap lagu ini dapat di terima menjelang bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, tambah mereka lagi “Kita juga perlu sambut ramadhan seperti mana kita menyambut syawal.”

THE ALIF berharap agar mesej yang disampai akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat kerana lagu ini ditujukan khas kepada seluruh umat islam yang bakal menyambut bulan ramadhan.

Muzik Video Rasmi “Ramadhan ” boleh dilayari di Youtube: https://youtu.be/pwNzQ4Avx6o

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin & Fazura di RAYA BERGAYA DI PRIMAVALET

Telemovie DENGAN LAFAZ BISMILLAH Temukan Tiz Zaqyah & Izzue Islam