in ,

TGV Cinemas Lancar IMAX TGV Sunway Pyramid

IMAX bukan nama asing bagi peminat filem dan pengunjung pawagam. Tapi Budiey rasa la kan, kat Malaysia, tak banyak pawagam yang ada teknologi IMAX ni. Seingat Budiey, beberapa tahun sudah, pernah ada kat Berjaya Times Square, tapi Budiey tengok dah macam suram je sambutannya. Rasanya sudah tiba masanya, peminat filem kat Malaysia beralih kepada satu lagi dimensi baru semasa penonton wayang. Siapa tak nak, tonton wayang di dewan yang lebih selesa dan mutu gambar dan bunyi yang mengkagumkan di tahap maksima? Negara dah maju, teknologi dah ada di depan mata, kenapa kita cuba, kan?

VIDEO PELANCARAN IMAX:

Nah, pada hari ini, satu sejarah dilakar dengan sebuah lagi pawagam yang menggunakan teknologi IMAX iaitu di Tanjung Golden Villages Sunway Pyramid di mana Majlis Pelancaran TGV Cinemas & IMAX telah pun berlangsung pada jam 10 pagi. Tahniah Budiey ucapkan kepada TGV Cinemas kerana telah menempa sejarah tersendiri.

Hari ini, TGV Cinemas telah mengumumkan pawagam TGV Cinemas pertama di Malaysia yang menggunakan Sistem Digital Teater IMAX. Keduanya, TGV Cinemas Sunway Pyramid IMAX Theatre juga menjadi pawagam pertama yang menayangkan filem Mission Impossible – Ghost Protocol The IMAX Experience. Congrats!

Turut hadir di Majlis Pelancaran ialah Don Savant, Senior Vice President dan Pengarah Urusan IMAX Asia Pacific dan Kenny Wong, CEO, TGV Cinemas Sdn Bhd.

TGV IMAX

CEO TGV Cinemas Sdn Bhd – Kenny Wong sedang berucap

Dijadualkan akan dibuka pada 14 Disember 2011, pawagam IMAX juga menjadi skrin pertama yang menayangkan filem aksi yang paling ditunggu-tunggu iaitu Mission Impossible – Ghost Protocol yang akan ditayangkan serentak seluruh dunia pada 21 Disember 2011.

Dengan konsep terbaru yang lebih canggih, lebih moden dan urban, IMAX Theatre direka khas untuk memberikan pengalaman yang paling mengujakan di tahap maksima untuk penonton di Malaysia. Dengan tempat duduk yang lebih selesa, besar dan nyaman serta kesan bunyi yang lebih jelas dan real serta mutu gambar imej yang lebih jelas, lebih sharp dan lebih realistik di mata penonton, Budiey percaya IMAX TGV Sunway Pyramid menjadi satu-satu tempat sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman yang berbeza dari sebelum ini.

Kapasiti tempat duduk sebanyak 292 kerusi, IMAX Theatre dibahagikan kepada 2 dewan besar untuk memberikan keselesaan di tahap maksima. Apa yang Budiey perasan, ruang depan tempat kaki pula lebih luas hingga boleh buat kita berlunjur. Comfortable!

Revokusi terkini teknologi projection digunakan untuk menjadikan penonton tak berganjak dari kerusi menikmati mutu gambar yang lebih terang seolah-olah kita berada di dalam filem. Nak lebih real, apa kata cuba tonton filem dalam bentuk 3D. Pergh! Mengancam!

TGV IMAX

Budiey dengan kaca mata 3D IMAX

TGV Cinemas juga mengumumkan untuk menawarkan tempat duduk yang terbaru, lebih selesa dan luas iaitu Tiered Seating dan Beanieplex untuk penonton yang sukakan keselesaan. Konsep ini boleh didapati di TGV Club, iaitu dewan Premier Class yang akan dilancarkan pada bulan Januari 2012.

IMAX Experience menggabungkan crystal-clear imej, bunyi digital yang lebih mantap dan dewan teater yang berbentuk melengkung untuk tontonan yang lebih memuaskan hati penonton.

TGV IMAX

Don Savant, Senior Vice President dan Pengarah Urusan IMAX Asia Pacific

Semasa menonton filem Mission Impossible – Ghost Protocol pada tengahari tadi, Budiey dapat rasakan perbezaannya dan sangat berpuas hati. Bunyinya walaupun sangat kuat tapi ia tidaklah mengganggu pendengaran, malah kita rasa bunyi yang kita dengar itu sangat details, jelas dan sangat real. Bunyinya diperkuatkan dengan Sistem Bunyi IMAX Laser-Aligned. Mutu bunyinya 10 kali lebih dinamik, tanpa gangguan dan dewan pula dilengkapi dengan penapis yang boleh menyerap bunyi dan mengurangkan gema.

Begitu juga dengan gambar atau imej yang lebih terang walaupun menonton dalam versi 2D, Budiey rasa imejnya sangat mengkagumkan. Anda kena cubalah, dan rasai sendiri teknologi terkini dari IMAX. Kalau nak pilih seat tu, Budiey sarankan korang pilih seat yang paling tengah ya. Budiey bernasib baik kerana pada tengahari tadi, Budiey diletakkan di seat yang paling tengah. Jadi, kesannya dan perbezaan pengalamannya sangat ketara sekali. Budiey rasa, akan cuba tonton IMAX dalam bentuk 3D pula lepas ni.

TGC Cinemas begitu berazam untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjungnya dan akan berusaha untuk membaik pulih serta meningkatkan mutu serta keselesaan penonton di pawagam yang lain pula selepas ini.

Para jemputan juga dihidangkan dengan popcorn terbaru iaitu Popcorn Royale yang sungguh lazat dari TGV Cinemas. POpcorn ni diselaputi penuh dengan karamel. Lazat dan manis.

Untuk info pembaca, tiket masuk ke IMAX format 2D berharga antara RM21 – RM23 dan tiket untuk IMAX 3D pula berharga antara RM26 – RM28. Budiey rasa harganya sangat berpatutan dengan mutu visual dan bunyi serta keselesaan yang ditawarkan.

Untuk info lebih lanjut, layari: www.tgv.com.my atau anda boleh follow twitter @TGVcinemas

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

Pengacara Majlis Pelancaran IMAX TGV Sunway Pyramid

TGV IMAX

TGV IMAX

TGV IMAX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perlawanan Soccer Kids TV3 VS Burnley FC

Bersediakan Anda Untuk Hadapi Pilihan Raya?