in

Terminator di TV2

2 SEKUAL FILEM TERMINATOR TEMUI PENONTON SETIA SLOT SATURDAY NIGHT SPECIAL @ 2

Dua siri sekual Terminator akan kembali ke kaca televisyen untuk menemani malam minggu anda. Mengisahkan John Connor yang cuba untuk menyelamatkan dunia daripada musnah akibat daripada  serangan virus komputer Skynet.

Siri sekual ini bakal disiarkan melalui slot Saturday Night Special @ 2 di saluran Dunia Ria TV2, hari Sabtu jam 10 malam dimana pada 16 Mei 2009, penonton akan dihidangkan dengan siri Terminator 2 manakala pada 23 Mei, siri Terminator 2: Rise Of The Machine akan ditayangkan pada waktu yang sama.

Terminator 2, lakonan Arnold Schwarzenegger sebagai Terminator yang dihantar untuk melindungi seorang remaja iaitu John Connor yang bakal meminpin dunia sutu hari nanti. Sebuah ‘cyborg’ telah dihantar untuk membunuh Connor dimana ‘cyborg’ tersebut lebih canggih dan kuat berbanding Terminator CSM-101. Sedangkan ia merupakan Terminator yang hanya diprogramkan kembali. Connor dan Terminator hanya bergantung sesama sendiri untuk mengelakkan ancaman daripada ‘cyborg’ tersebut.

Menyusul pada 23 Mei 2009 pula, penonton Saluran Dunia Ria, TV2 akan dihidangkan dengan sekual ke-3, Terminator 3 : Rise Of The Machine. Selepas 10 tahun, Skynet telah menghantar seorang lagi  ‘cyborg’ T-X yang lebih kuat dan hebat. Bagaimanapun, seorang lagi Terminator CSM-101 dihantar untuk membantu John Connor melawan T-X.

Skynet sebenarnya dikawal oleh sistem komputer yang telah diserang oleh virus. John juga memenui bakal isterinya yang merupakan anak kepada seorang Jeneral U.S Air Force. Jeneral tersebut merupakan pegawai yang mengurus sistem komputer ketenteraan. Sistem ketenteraan tersebut turut disambungkan kepada sistem Skynet.

Apabila sistem ketenteraan turut diserang oleh Virus Skynet, ia telah menyebabkan dunia terdedah kepada serangan terbuka kerana sistem senjata telah diambil alih oleh virus Skynet. Selain itu, dunia juga akan terdedah kepada ancaman nuklear  dan peperangan antara mesin senjata.

Mampukan John Connor yang sekali lagi diberi tanggungjawab menyelamat dunia menentang T-X ataupun dunia akan hancur akibat peperangan nuclear? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Terminator akan menampilkan lakonan hebat Arnold Schwarzenegger sebagai pelakon utama selain turut menampilkan lakonan Linda Hamilton, Edward Furlong, Robert Patrick dan Earl Boen. Manakala bagi sekual ketiga, Rise Of The Machine turut menampilkan lakonan Nick Stahl, Claire Danes, Kristanna Loken.

Oleh itu, jangan lupa untuk menonton kedua-dua siri sekual Terminator yang menampilkan aksi-aksi hebat lagi mendebarkan pada hari Sabtu, 16 Mei dan 23 Mei, jam 10 malam hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keena, Thye, Black di Konsert Mentor

Trivia: Beg Coklat Pelakon Mana Ni?