Terima Kasih AIM14 untuk 2 Pass Media
Hari ini, Budiey singgah seketika di Putra World Trade Centre. Selain persiapan Anugerah Industri Muzik 14 sedang giat dijalankan di sana, PWTC juga sedang ditimbuni dengan buku-buku yang akan berpesta di Pesta Buku 2007 yang bermula pada esok, 27 April hingga 6 May 2007. Kepada pembaca yang gemar membaca dan mengumpul koleksi khazanah ilmu, jangan lupa untuk mengunjungi Pesta Buku 2007. Walaupun kita sudah ada banyak bacaan seperti laman blog, e-book, e-novel di internet, namun tidak sama dengan buku yang kita genggam di tangan dan boleh ditatap di mana saja berada.

Sebenarnya, Budiey ke PWTC untuk mengambil 2 keping tiket bagi mengikuti secara langsung anugerah muzik paling berprestij di Malaysia itu. Satu tiket lagi perlu diberikan kepada penulis untuk entri Situ Sana Sini. Oleh kerana tuntutan masa dan keadaan, blog ini nampaknya terpaksa mengambil seorang lagi penulis sambilan. Setakat ini, penulis tersebut hanya mengendalikan slot Situ Sana Sini yang memaparkan berita dan gosip terkini artis Malaysia. Saya masih membuka peluang kepada mana-mana penulis yang sudi mengendalikan beberapa slot yang masih dalam cadangan. Untuk masa akan datang, saya juga akan menjemput beberapa orang blogger untuk menjadi guest blogger di Sensasi Selebriti. Semuanya dibuat atas dasar minat & passion. Bukan kerana sagu hati atau tiket. Terima kasih kepada penulis tersebut.
Di entri ini, Budiey ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AIM kerana memberi peluang untuk team Sensasi Selebriti mencari bahan di acara gilang gemilang itu. Bermula semalam lagi, semua team produksi dan ahli jawatan kuasa penganjuran sudah berkampung di PWTC. Jadi saya terpaksa ke sana kerana tiada sesiapa pun di pejabat. Di Dewan Merdeka, kelihatan pentas AIM14 juga sedang dibina. Sistem bunyi dan audio juga sedang dipasang. Rasanya tidak sabar untuk melihat persembahan artis di AIM.

Bercakap pasal persembahan, AIM kali ini menimbulkan isu di mana artis wanita dipinggir kerana persembahan kali ini didominasikan oleh artis lelaki. Mengapa ini terjadi? Adakah ini disengajakan atau secara kebetulan?
Antara penyanyi yang akan menggegarkan pentas AIM ialah Mawi dan M Nasir, artis, Anuar Zain, Ramli Sarip, Reshmonu, Sean Ghazi dan Sofaz dan kumpulan paling popular Indonesia, Samsons.
Menurut Penerbit Eksekutif Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson:
“Tahun ini memang majoriti artis yang membuat persembahan adalah lelaki. Kami bertindak memberi peluang ramai artis lelaki beraksi kerana rata-rata artis wanita yang dicalonkan tahun ini sudah membuat persembahan pada acara lain seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Skrin. Jadi biarlah AIM14 pula memberi ruang kepada artis lelaki untuk menghiburkan tetamu kerana ada yang memerlukan pendedahan seperti Sean Ghazi dan Sofaz. Kami perlu mencari kelainan kerana bilangan artis rakaman di Malaysia tidaklah ramai. Balik-balik orang yang sama juga membuat persembahan.”
Kata orang, wanita itu penyeri majlis. Kalau tiada, hilanglah serinya. Kerana itu, penyampai anugerah wanita iaitu pelakon filem Waris Jari Hantu; Maya Karin, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Nita dan Adibah Noor akan menyerikan majlis. Bagaimana bentuk dan kesannya nanti, sama-sama kita tunggu. Harap penonton di rumah tidak rasa bosan walaupun tidak banyak penyanyi wanita naik ke pentas.
Budiey tak nak melaram sangat hari Sabtu ini. Pakai baju mana yang ada sahaja. Di kad jemputan, tertera skema pemakaian perlu bertali leher hitam. Mana nak cari ni… kalau pakai kemeja biasa pun, ok gak kan?

[tags]Anugerah Industri Muzik, Sean Ghazi, Sofaz, M. Nasir, Siti Nurhaliza, Pesta Buku, blogger[/tags]
Tags: Adibah Nor, Anuar Zain, Anugerah Industri Muzik, Jaclyn Victor, Mawi, Siti Nurhaliza
Tags: Adibah Nor, Anuar Zain, Anugerah Industri Muzik, Jaclyn Victor, M. Nasir, Mawi, Nita Hamzah, Siti Nurhaliza, artis, gossip, Sean GhaziClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





April 26th, 2007 at 9:28 pm
owh jeles!
ha ha…
best’nyer dapat pass media… apply ke?
April 26th, 2007 at 9:38 pm
Mohdismail, eh tak baik jeles… I ingat nak mintak juga 2-3 keping for readers tapi tu lah, segan…
Saje je ni suka-suka nak pergi buat liputan kat AIM. Cari bahan for this blog ekceli. Minggu lepas, I ada risik2 pass dari seorang AJK AIM. Then, diorang call suruh datang ambik.
Aku ni mmg suka sangat ambik gambar artis tak tahu la sebab apa… ambik gambar sendiri jarang sangat… mmg hobilah ambik gambar ni. Tapi kekadang tu, aku kena marah kat sekuriti sebab ambik gambar dalam dewan… nak-nak masa tgk konsert AF… kata vernon, tak reti-reti nak buat tag media? Kasi profesional sikit, katanya. Gituh.
April 26th, 2007 at 10:20 pm
wah…bleh jer ambik gambar dengan artis2x kan? sayanglah kl tak suka ambik gambar dengan artis…jeles2x..haha..kl ada cerita belakang AIM tue sharelah dlm blog nie..nak tau jugak perangai sebenar artis2 kita tue…:D
April 26th, 2007 at 10:26 pm
f41dh1, apa kaba orang London pagi ni? Hehehe… study hard deh. Anyway, may be ada la nanti kontroversi kat AIM… biasa le tu, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Tak tau la boleh masuk post party ke tidak… kalau dapat masuk, ok gak tu… tapi balik lewat la sikit ek…
April 29th, 2007 at 6:34 pm
Assalamualaikum, saya pun ada pergi AIM, complimentary pass je..tapi thanks la kat NTV7, tu pun kena ambil tiket pukul 2.30 ptg hari tu jugak kat PWTC…mlm tu jugak kena pergi..kena ulang alik.
btw, nak tanya Budiey, sensasi selebriti ni sebenarnya syarikat ke apa…dan satu lagi ni kira media juga ke?
Okey, mmg best la kalau dpt jemputan tu kan…saya tgk org2 kat paras 4/3 pegang kad jemputan tu cari tempat duduk…last2 majlis dah mula, byk tempat duduk kosong…jealous betul…