in , ,

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Penyanyi Resh HALF THE MAN

Baru-baru ini, Budiey dipanggil untuk menemubual seorang selebriti yang dah lama tak muncul. Ya, dah lama tak menonton persembahan beliau kat mana-mana show. Khabarnya, beliau nak buat comeback. Insan seni yang Budiey maksudkan di sini adalah Reshmonu atau kini mahu dikenali dengan nama RESH atau nama sebenarnya, Hiresh Haridas.

Dulu, Budiey masih ingat nama beliau selalunya disebut semasa Anugerah Industri Muzik. Pernah menghasilkan album pada tahun 2014 dan pernah popular dengan lagu Hey Waley, Walk Away dan Cintaku Pergi.

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Penyanyi Resh

Satu sesi temubual telah diadakan di pejabat Universal Music Malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Boleh Budiey katakan, sesi temubual ini dapat mempertemukan Budiey dan mengenali Reshmonu dengan lebih dekat. Ternyata, Reshmonu juga cukup mesra dan bersedia untuk menjawab segala pertanyaan Budiey.

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Penyanyi Resh

Untuk info pembaca, Reshmonu sekarang ini sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul HALF THE MAN. Budiey sudah pun mendengar lagu tersebut di Spotify. Sebuah lagu yang cukup memberikan gambaran tentang kematangan Resh dalam memberikan suntikan terbaru dalam industri seni di Malaysia khususnya.

Bunyinya, muziknya, liriknya dan nuansa muziknya sangat bertaraf international. Tahniah buat Resh yang berjaya membuktikan kita juga ada bakat yang boleh diketengahkan di luar negara juga.

Jom tonton sesi temubual Budiey bersama Resh.

Berpeluang menemubual penyanyi @reshmonu petang tadi. Nantikan video temubual eksklusif di www.youtube.com/budiey27  Siapa kat sini masih ingat dgn RESHMONU? Lagu Reshmonu paling korang ingat apa dia?  Oh ya, rambut kami berdua dari saloon yg sama. Follow
Sepetang berada di Universal Music Malaysia untuk sesi rakaman eksklusif temubual bersama RESHMONU. Hari ni pakai baju & seluar dari Topman. Kasut dari Sacoor Brothers. Tq for having me ya! #Ootd #topshop #topman #sacoorbrothers #universalmusicmalaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah K Neway 2015

Penyanyi Stacy Peluk Agama Islam