in

Temubual Eksklusif Bersama Dr. John Gage Di Program Tamu Awani

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA DR. JOHN GAGE DALAM PROGRAM TAMU AWANI

Program:Tamu AWANI
Saluran: Astro AWANI (501)
Tarikh: 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa: 9.30 malam
Bahasa pengantar : Bahasa Inggeris dengan sarikata Bahasa Melayu

Tetamu jemputan: Dr. John Gage       
Pengacara Tamu AWANI: Kamarul Bahrin Haron 

Dr. John Gage cukup dikenali sebagai perintis bidang teknologi yang terkenal dengan kenyataannya iaitu ”sebuah rangkaian ialah sebuah computer” sewaktu awal bermulanya revolusi bidang teknologi.

Selepas berkhidmat dengan Sun Microsystems sebagai Ketua Penyelidik Naib Presiden Sains, Gage kini mula menyalurkan minat dan kesungguhannya dengan ilmu yang dimiliki ke arah sektor dunia lain iaitu pemanasan sejagat.

Sebagai salah seorang rakan kongsi Kleiner Perkins Caulfield & Byers, Gage mula terlibat dengan teknologi hijau. Dengan kadar sistem udara CO2 yang tinggi sepanjang masa, para saintis terpaksa mencari alternatif baru demi mengkaji penggunaan teknologi biologi dan bahan untuk kegunaan dunia.

Dalam masa yang sama, migrasi penduduk kawasan bandar dan luar bandar yang pesat bakal menyaksikan sekurang-kurangnya empat bilion penduduk akan berpindah ke kawasan bandar dalam jangka masa 50 tahun akan datang.

Pihak kerajaan dan para saintis kini terpaksa memikul tugas yang besar untuk memastikan bekalan air bersih, kuasa dan sistem pengangkutan dapat disalurkan kepada orang ramai dengan mencukupi.

Jangan lupa saksikan temuramah eksklusif Gage bersama Kamarul Bahrin Haron yang akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai cabaran paling berat yang tidak pernah ditempuhi sebelum ini serta memerlukan tahap inovasi dan kelajuan yang berskala tinggi untuk menyelamatkan bumi kita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro B.yond High Definition TV Pertama Dilancarkan

Peraduan Jom Menonton Filem Duhai Si Pari-Pari