Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Teman – Dua Gadis Berlainan Personaliti… Satu Pengembaraan Sama!



8TV dengan bangganya mempersembahkan – Teman, sebuah kisah pengalaman pengembaraan yang unik oleh dua individu yang berlainan personaliti.

Teman yang bakal muncul dengan lapan episod akan menyerikan lagi ruang tamu anda pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam bermula pada 28 Februari 2007. Untuk 30 minit setiap minggu, penonton akan ditemani Mimi dan Belinda menjelajahi seluruh Malaysia serta mendapat lebih daripada apa yang mereka inginkan.

Pengurus Besar Pengurusan Jenama 8TV, Cik Airin Zainul memberikan pendapatnya tentang produksi ini, “Teman ialah sebuah kisah trek pengembaraan yang membabitkan dua gadis lincah berlainan personaliti, mengharungi pelbagai suka duka semasa mengembara.�

Semasa majlis pelancaran pada hari ini, Airin menambah, siri rancangan baru ini membantu menghangatkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dan akan membuktikan bahawa ia akan menjadi sebuah lagi rancangan hit di 8TV, terutama sekali di kalangan penonton metropolitan yang berumur dua puluhan.

Teman berkisarkan tentang keunikan hubungan persahabatan di antara Miss Sporty (Mimi Rahzia) dan Miss Trendy (Belinda Chee) dalam catatan pengembaraan separa realiti apabila mereka membuat keputusan untuk mengembara selama 30 hari merentasi Semenanjung Malaysia berbekalkan kamera video dan juga komputer riba bersama dengan wang belanja RM150 sehari untuk menamatkan pengembaraan mereka.

Secara kebetulan, kehidupan kehidupan kedua-dua gadis ini sedang bergolak dengan perihal Miss Trendy yang sedang melalui situasi sukar bersama teman lelakinya manakala Miss Sporty pula memerlukan tunjuk ajar yang dapat mengajarnya tentang teknologi, fesyen dan juga peralatan elektronik. Mereka berdua belajar cara untuk berpegang kepada kebolehan masing-masing dan bertukar-tukar pendapat semasa melalui siri pengembaraan ini.

Mengenepikan rasa takut dan berani berhadapan dengan rintangan di atas nama pengembaraan, penonton akan dibawa ke tempat – tempat yang menarik yang mampu membuka mata bagi menjadi saksi untuk pengalaman pertama bagi gadis-gadis ini melakukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan buat julung-julung kalinya di serata tempat seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Apabila segala ego dan perbezaan personaliti diketepikan, mereka berjaya untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dari berenang bersama ikan jerung di dalam kolam Aquaria, menjejaki hantu di bandar besar, mencari barang purba di pulau yang bersejarah dan tempat tumpuan pelancong sehingga mencuba pelbagai makanan di Malaysia di samping membeli belah.

Cik Lau Sook Ping, Pembantu Pengurus Pemasaran Dalam Negeri Procter & Gamble Malaysia memberi komen tentang penglibatan mereka dalam siri rancangan ini, “New Olay White Radiance Intensive White Cream memahami kehendak wanita seperti Miss Sporty dan Miss Trendy dalam mengekalkan kecantikan dengan tambahan SPF 24 dan vitamin pemutihan. Rancangan ini juga memberi mereka peluang untuk mengisi hidup mereka dengan kerjaya, cinta, percutian ringkas serta aktiviti sukan luar. Semua ini jelas digambarkan dalam Teman yang penuh dengan semangat dan juga keyakinan wanita.

Teman juga akan membawa anda untuk melihat kehidupan melalui sudut yang berbeza. Teman memberi idea yang berguna dalam mengatasi cabaran dan juga cara membuat pilihan yang tepat serta menyaksikan pengembaraan yang boleh didapati di Malaysia!

Setiap episod penuh dengan kejutan serta kunjugan ke destinasi yang menarik, jangan lupa untuk menghebahkan kepada rakan-rakan anda untuk menonton Teman di 8TV pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam bermula 28 Februari ini!

Tags: , , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Jam Tangan Personaliti TV
  • Gossip: Personaliti Sukan Kena Serang
  • Gossip Pelakon Veteren Langgan Pelacur Bawah Umur?
  • Hans Isac Bercinta Dengan Gadis Biasa?
  • Gosip Personaliti TV Curi Baju
  • KIKO’S SMILE ANIMASI PENGEMBARAAN KANAK-KANAK
  • Program Teman Belinda Chee Melissa Maureen @ 8TV
  • JEJAK RASUL 14 – RIHLAH IBN BATTUTAH
  • Gossip Selebriti Curang Dengan Tunang
  • Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Life As We Know It



  • 4 Komen untuk entri “Teman – Dua Gadis Berlainan Personaliti… Satu Pengembaraan Sama!”

    1. rasso kata:

      Lawatan sambil belajar :D

    2. Mabeline kata:

      the sporty girl, she’s a friend of mine hehe….go girl….cant wait to watch the show…:-)

    3. wira kata:

      besar jgak tetek mimi rahzia ni..geramnyaa..jumpa kat set nanti aku nak raba puas2…tau la ko..ish!!!!

    4. wira kata:

      klau xde sape tahu lagi bagus..hahahaha

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK