Telenovela She– Wolf, The Last Sentinel di TV3
168RAHSIA, PENGKHIANATAN DAN ERTI CINTA SEJATI IKUTI TELENOVELA FILIPINA ‘SHE– WOLF, THE LAST SENTINEL’ DI TV3
Istimewa buat jutaan penonton TV3, slot Telenovela bakal menyiarkan sebuah siri drama Filipina, “SHE – WOLF, The Last Sentinel” mulai 23 Mac 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Drama bersiri terbaik terbitan ABS-CBN Broadcasting Corporation membariskan pelakon-pelakon berbakat dari Filipina seperti Angel Locsin, Piolo Pascual, Shaina Magdayao, Ryan Eigenmann, Pilar Pilapil, Agot Isidro dan ramai lagi.

Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.
Pelakon wanita utamanya, Angel Loscin pula berjaya dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Emmy ke -37.
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, “Slot Telenovela di TV3 popular dengan siri drama dari Latin Amerika dan Sepanyol seperti Rosalinda yang pernah mencipta fenomena. Pada tahun 2010, Telenovela akan menjalani pembaharuan dengan memperluaskan pemilihan siri ke serata dunia. Sebagai permulaan, TV3 telah memilih siri drama tagalog, She-Wolf yang mempunyai jalan cerita yang menarik, pengembaraan yang mendebarkan dan juga kisah cinta yang menyayatkan hati.”

Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.
Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.
Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.









hello!! i kinda don’t understand ur language coz i’m a filipino…so i would just like to ask if she wolf the last sentinel is already finished airing there in malaysia??? thanks and God Bless!
nape x buleh buka youtube cite she wolf.Sedihnye x sempat nengok kesudahannya.Bilalh dpat nengok lyka dan Noah lg.huhuhuhu……Minta TV3 siarkan kembali cerita tu.Kalau boleh sebelah malam
best nya cite she-wolf ni….very[3x] best
arap2 tv3 leh siarkn blik citer pling best nie….prtimbangkn lah prmitaan kami sume nie tv3,cter nie mmg best xrugi ulang blik rmai yg menanti.pleeeezzzzzzzzzzz……………………..!!!
nak lagi cta she wolf..harap2 lps ni ada kuarkan dvd pulak.dpt la slu tgk muka si noah tu..i love she wolf..thanx tv3.
HELLO MALAYSIA!
I HOPE U WOULD ENJOY WATCHING IT AS MUCH AS YOU HAVE ENJOYED LOBO…A GREAT PLEASURE TO SHARE THIS TO ALL OF YOU! THANKS AND God Bless! :
I’M SO GLAD TO SEE THAT “LOBO” (SHE-WOLF: THE LAST SENTINEL) IS VERY MUCH LOVED IN YOUR COUNTRY. I MYSELF IS A HUGE FAN OF ANGEL LOCSIN (LYKA). I WOULD JUST LIKE TO SAY THAT THE BOOK 2 FOR “LOBO” IS NOW ON IT’S WORKS…AND I WOULD LIKE TO SHARE TO YOU IT’S TEASER
IMORTAL TEASER!: http://www.youtube.com/watch?v=5YhJ2SfEBxA
P.S KINDLY FOLLOW ME ON TWITTER VIA MY USERNAME: @TheLonelyDuke thanks !
perhhhh….bez gler ctew nie doo…tlglah siarkn lgi ctew nie..i luv this movie
saya suka menonton lakonnan she wolf
tv3 tolonglah siarkan semula.
I LOVE SHE WOLF
I LOVE SHE WOLF…………………………………
I LOVE SHE WOLF…………………………………
I LOVE SHE WOLF…………………………………
SHE WOLF IS THE BEST
MINTA-MINTALAH AKU DAPAT MENONTON
SHE WOLF SEMULA
I LIKE SHE WOLF
WOW, SUNGGUH MENARIK SEKALI. SAYA SANGAT SUKA KAN CERITA SHE WOLF. IANYA SANGAT MENARIK SEKALI. LAIN KALI BUAT LAH LAGI. OK BAY.
saya ni peminat setia dan minat sgt telenovela she wolf dan yang skrg ni staryway to heaven kalu bole buat ulangan cerita tu pada kul 12.30 pun tak ape sebab kalau siang tak dapat tengok boleh tengok malam.tak bestlah kalau tertinggal satu episod.harap sgt tv 3 dapat membuat siaran ulangan untuk setiap telenovela yang pukul 3 tu kepada pagi kul 9 atau malam kul 12.30.
none of speaks english
anyway i would like angel locsin to join facebook,so she could be my friend cos im really love she wolf like my girlfriend….
this drama was one of a kind,i love how liaka did her part thumps up gal
i so so so so luv she wolf. i also luv watching angel and pascal acting together