in ,

Telemovie WALAU SIAPA PUN AKU Lakonan Mantap Puteri Balkis dan Nad Zainal

Telemovie “Walau Siapa Pun Aku” Lakonan Mantap Puteri Balqis dan Nad Zainal Pada 6 Oktober Ini Di TV2. Dibintangi pelakon terkenal Nad Zainal, Puteri Balkis, Zahiril Adzim dan Dato’ Jalaluddin Hassan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama kekeluargaan penuh konflik dan airmata dalam telemovie bertajuk “Walau Siapa Pun Aku” mengisi slot Citra di TV2 pada 6 Oktober ini, pukul 10.00 malam.

Turut dibintangi oleh Memey Suhaiza, Jasmin Hamid, Aida Khalida dan Ku Faridah, drama arahan Zamri Zakaria ini berkongsi perasaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan bila mana kehadirannya tidak dialu-alukan oleh ibu dan ayah kandungnya sendiri kerana dia zuriat yang terhasil akibat kahwin paksa.

Kisahnya bermula dengan watak utama Maisara menyintai Iqbal tetapi terpaksa berkahwin dengan Suffian dan menjadi isteri kedua setelah diperangkap oleh Kalsom.

Akibat terpaksa berkahwin dengan Suffian, Maisara tidak dapat menerima kelahiran Aisyah. Justeru, Aisyah sering menjadi mangsa penderaan Maisara dan kebencian Suffian.

Penderitaan Aisyah mendapat perhatian Iqbal yang baru pulang ke kampung selepas lima tahun membawa diri kerana kecewa dengan perkahwinan Maisara dan Suffian.

Dalam waktu yang sama pula, Zainab ingin menjodohkan Iqbal dengan Nurain untuk mengelak daripada salah sangka Suffian terhadap kepulangan Iqbal. Iqbal akhirnya bersemuka dengan dengan Suffian dan menegaskan dia tidak pernah menyentuh Maisara.

Suffian sedar kesilapannya dan insaf bila mengetahui cerita sebenar. Maisara pula akibt tekanan, telah terkena anxiety attack dan nyaris maut jika tidak diselamatkan oleh Aisyah.

Insiden yang berlaku menyedarkan Maisara yang Aisyah tidak pernah bersalah tapi semuanya telah terlambat. Aisyah meninggal ketika sujud dalam solat.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

– ### –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kutipan Filem POLIS EVO Cecah RM8 Juta Dalam Tempoh 11 Hari

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/16 Sacoor Brothers