in

Telemovie Petunjuk Lakonan Nas T Ika Nabila Puteri Mardiana

Nas T Jadi Penyelamat Dalam Telemovie Petunjuk Di TV2

Watak remaja nakal seringkali dikaitkan dengan pelakon kacak ini. Nyata watak yang dibawakan mampu dihayati hingga meninggalkan kesan di hati penonton dan peminat setia pelakon dikenali Nas T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar.

Terbaharu Nas T membintangi sebuah drama bertajuk Petunjuk yang disiarkan pada 21 Jun 2012 (Khamis), jam 1.30 petang di TV2. Kelainan dalam watak cuba ditonjolkan Nas T yang bergandingan bersama Ika Nabila, Puteri Mardiana, Norman Hakim, Khairil Anwar dan Lan Zailan dalam drama ini apabila dia diberikan watak seorang remaja yang berperanan besar merungkai misteri yang di sebalik kehilangan ayah dan datuknya yang hilang di sebuah pulau.

Nas T dan Puteri Mardiana ... pegang watak utama dalam Petunjuk

Kisahnya bermula dengan watak pelajar universiti bernama Syazwan (Nas T) yang baru menamatkan semester akhir. Sementara menunggu keputusan peperiksaan dia pergi bercuti ke rumah datuk dan neneknya di sebuah kampung di pantai timur. Di sana, dia di bawa oleh datuknya ke sebuah Pulau untuk memancing.

Seminggu kemudian Syazwan ditemui di belakang sebuah bangunan di pinggir kota raya Kuala Lumpur yang beratus batu dari Pulau tersebut. Kemunculan Syazwan itu menjadikan Syazwan keliru bilamana dia dihujani berbagai soalan baik dari kekasihnya mahupun pihak berkuasa.

Malah dia juga tidak mengetahui nama Syazwan dan hanya mesra dengan panggilan Boy sahaja. Kemunculan Azmeer seorang pegawai penyiasat dan Doktor Hadi (doktor yang merawat Syazwan) telah mengupas seribu satu misteri dari Syazwan.

Di sini terbongkarnya siapa diri Syazwan sebenarnya yang mana dia diberikan petunjuk akan kehilangan arwah ayah dan datuknya beberapa tahun dahulu ketika mereka pergi memancing di sebuah Pulau.

Dari petunjuk yang diberikan kepada Syazwan itu mereka akhirnya menemui rangka arwah ayah dan datuknya yang telah reput di sebuah pulau yang di anggap telah lenyap dari peta. Akhirnya mereka dapat menguruskan jenazah dan mengkebumikan kedua-dua mereka dengan sempurna dan sekali gus mengembalikan diri Syazwan ke asalnya bilamana Syazwan yang menumpang seketika di rumah Azmeer terjatuh ketika tidurnya.

Bagi Azmeer pula dia juga telah berjaya menyelesaikan satu kes kehilangan insan yang telah lama menjadi masalah dalam fail kesnya beberapa tahun itu. Namun adakah babak kisah ini benar-benar berlaku atau sebaliknya hanya mainan tidur yang menghantui diri Syazwan? Sama-sama kita saksikan aksi dan babak mendebarkan ini hanya di TV2.

Antara babak mencemaskan dalam drama Petunjuk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Separuh Akhir 2 Bintang RTM 2012

Rizal AF5 Rahsiakan Pertunangan & Bakal Nikah Tahun Depan