in ,

Telemovie Misi Adria Lakonan Nadiya Nisaa

Hari Jururawat Antarabangsa disambut di seluruh dunia pada setiap 12 Mei setiap tahun. Mungkin kalangan masyarakat kita ada yang tidak menyedarinya. Namun siapa yang dapat menidakkan peranan jururawat yang banyak berkorban demi memastikan orang ramai mendapat layanan yang sebaiknya sebelum diperiksa oleh seseorang doktor.

Cuba mengangkat peranan seorang jururawat yang besar baktinya pada kita, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie khas bertajuk “Misi Adria” pada 10 Mei ini, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV1 yang memaparkan pengorbanan dan pahit getir jururawat di kawasan pedalaman.

Syed Ali

Cabaran “Misi Adria” Bertugas Di Pendalaman, Drama Khas Hari Jururawat di TV1

Telemovie “Misi Adria” karya Asmira Suhadis, arahan Nurhalim Ismail ini mengetengahkan pelakon Nadia Nisaa yang membawakan watak utama sebagai jururawat bernama Adria di samping pelakon Syed Ali, Roslam Madun, Lan Siro, dan ramai lagi.

Menariknya telemovie yang mengisahkan cabaran jururawat dari bandar yang berkhidmat di pendalaman ini diilhamkan penulis skripnya Asmira Suhadis menerusi kisah sebenar tugas terpaksa digalas jururawat pendalaman yang menggunakan pengangkutan sungai.

Ia turut mengangkat kisah cabaran didepani seorang jururawat di pendalaman terutama melibatkan dua perkara iaitu situasi orang tua yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital dan golongan wanita yang enggan melakukan pemeriksaan di awal tempoh kehamilan. Hakikatnya mereka kurang diberi pendedahan tentang risiko yang dapat dikurangkan jika mendapat pemantauan awal dari hospital.

Menjalani penggambaran di Ulu Tembeling, Taman Negara, Pahang, menerusi telemovie ini penonton dapat menikmati keindahan destinasi pelancongan terkenal itu, selain merasai pengalaman menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

Plot kisah drama ini berkembang melalui watak Adria, dimana penonton dapat menghayati tanggungjawab digalas jururawat yang bertugas di kawasan pedalaman bukan mudah. Malah Adria juga terpaksa berdepan dengan sikap bidan kampung yang enggan bekerjasama dalam memastikan keselamatan pesakit.

Pada masa sama Adria berkenalan dengan pemuda kampung bernama Taufiq yang juga pemandu bot yang sering dinaikinya ketika bertugas di pendalaman. Adakah jodoh antara keduanya? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.

poster Misi Adria

Nadia Nisaa dan Syed Ali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem SUAMI AKU USTAZ Adaptasi Novel Terlaris

One Nation Emcee Bakal Nikah Dengan Pensyarah UNITAR