in ,

Telemovie Komedi Mencuit Hati Dalam MENANTU ENCIK IKAN MASIN

Jalan cerita yang menarik ditambah pula dengan kemunculan pelakon dikenali ramai menjadikan slot Citra di TV2 menjadi pilihan penonton. Disiarkan setiap Selasa, pukul 10.00 malam, ternyata telemovie yang disiarkan saban minggu sarat dengan mesej kekeluargaan, persahabatan, percintaan selain turut diselitkan juga dengan adegan mencuit hati untuk dikongsi bersama penonton setia RTM.

Telemovie Komedi Mencuit Hati Dalam MENANTU ENCIK IKAN MASIN di TV2

Terbaharu pada 3 Mac ini, saksikan telemovie menarik bertajuk “Menantu Encik Ikan Masin” arahan Mp Roslin dan terbitan syarikat Enuja Production Sdn Bhd. Meskipun plot kisahnya dianggap serius kerana mengangkat isu bila mana seorang ayah bersungguh dalam mencari calon suami yang paling sesuai untuk anak perempuannya.

Namun yang menariknya babak demi babak disampaikan dalam telemovie ini secara santai dan bersahaja. Malah diselitkan dengan dialog dan adegan yang mencuit hati.

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama Encik Osman seorang duda mahu mencari calon suami anak perempuannya bernama Mawar. Mawar anak gadis yang cantik dan menjadi rebutan pemuda di kampung mereka. Apatahlagi dengan perwatakannya yang menarik dan sopan santun.

Langkah pertama mula dilakukan Osman untuk memastikan anaknya bertemu jodoh yang sesuai dan dapat menjaganya dengan baik. Namun segalanya tidak mudah. Dia berdepan pelbagai ujian dalam mencari calon tersebut.

Akhirnya secara tidak sengaja dia berjumpa dengan Haikal, anak orang kaya dari bandar. Adakah Haikal berjaya meyakinkan Osman dirinya adalah calon yang sesuai? Bagaimana pula dengan Mawar adakah dia menerima jodoh dicari ayahnya tanpa sebarang bantahan?

Telemovie ini dibintangi oleh pelakon Kazar, Liza Abdullah, Mas Muharni, Azhan Rani, Achong Sweetchild, Man Raja Lawak dan Arin Raja Lawak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Peraduan GILA-GILA WITH 7-Eleven

Siti Nurhaliza Bukan Takut Soal Kena Bayar Cukai