in ,

Telemovie Komedi Hidangan Malam Raya di RTM

Malam menjelangnya Raya merupakan saat yang paling dinantikan seluruh umat Islam. Ketika ini di ibu negara, semakin ramai yang beransur-ansur meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Saluran TV pula sedia menyusun program terbaik menghiburkan penonton yang meluangkan masa berkumpul di rumah bersama sanak saudara dalam menyediakan persiapan terakhir sebelumnya tibanya 1 Syawal.

Begitu juga pendekatan sama diambil Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 dan TV2 yang menjanjikan tayangan telemovie terbaik menyuntik semangat beraya di kalangan penonton setianya.

Lari daripada kebiasaan drama-drama malam raya yang kerap menghidangkan plot kisah sedih, dua drama “Menantu Saat Adik Supiat” disiarkan malam raya, pukul 12.40 tengah malam di TV1 dan “Untung Atas Angin”, 16 Julai ini, pukul 10.00 malam di TV2 mengangkat kisah komedi menghiburkan untuk tontonan seisi keluarga.

Drama terbitan Unit Drama TV RTM, “Menantu Saat Adik Supiat” mengetengahkan pelakon komedi popular antaranya Hamdan, Yassin, Liza Abdullah, Maya, Hafiz Nafiah, Siti Chubby, Naim, Mubarak Majid dan Chomat Samad.

Plot kisahnya tentang mengisahkan tentang dua sahabat yang baru memiliki ikatan persaudaraan. Apabila salah seorang menjadi bapa mentua dan seorang lagi menjadi abang ipar menuntut hak masing-masing sebagai ketua keluarga.

Konflik berlaku bila masing-masing antara mereka berebutkan orang yang paling disayangi beraya pada hari raya pertama di rumah mereka.

Saksikan kemuculan Misha Omar membintangi drama “Untung Atas Angin” di samping Roy Azman dan Enot yang mengisahkan selepas mengikuti satu seminar keusahawanan, Nora begitu ghairah untuk menjadi seorang usahawan sehinggakan sanggup berhenti kerja sebagai kerani di sebuah firma swasta.

Tindakan Nora menimbulkan rasa kurang senang suaminya, Maarof dan juga anak Zura kerana membimbangkan tidak lama lagi Ramadan dan Syawal akan tiba. Namun, anak sulungnya, Shila menyokong kuat usaha Nora.

Nora berhasrat ingin mengusahakan berniaga biskut raya. Dia meminta rakan baiknya, Ain dan Tipah membuat biskut raya untuknya, namun mereka enggan kerana tahun sebelumnya mereka pernah mengalami kerugian akibat pelanggan mereka berhutang. Tetapi setelah dipujuk akhirnya mereka bersetuju.
Telemovie menarik ini turut dibintangi oleh Didie Alias dan Erin Malik.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak mencuit hati Yassin dan Hamdan dalam Menantu Saat Adik Supiat

Chomat Samad dan Naim Danial ... antara pelakon Menantu Saat Adik Supiat

Hamdan dan Yassin dalam Menantu Saat Adik Supiat di TV1

poster Menantu Saat Adik Supiat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Asia Siar Drama Bersiri WESTWORLD

Larangan Couple Seat Bagi Pasangan Bukan Mahram