in ,

Telemovie Gincu Ayah Dan Kembar Papa Sempena Hari Bapa

Istimewa Raikan Golongan Bapa di RTM : Telemovie Gincu Ayah Dan Kembar Papa

Bayangkan ayah anda seorang Mak Andam? Bagaimana pula perasaan seorang anak sekiranya anda mengetahui ada memiliki kembar yang sebelum ini adalah musuh antara satu sama lain tetapi sia ayah merahsiakannya? Dua plot menarik ini melatari dua drama hebat tayangan RTM dalam meraikan sambutan Hari Bapa 17 Jun ini yang realitinya berlaku dalam kehidupan seharian terutamanya melibatkan hubungan antara seorang anak dengan bapanya.

telemovie Kembar Papa

Gincu Ayah disiarkan pada 15 Jun 2012, jam 10.30 pagi di TV1 mengisahkan Mustaffa, seorang lelaki lembut yang menyara kehidupan keluarganya sebagai Mak Andam. Kematian isterinya sejak 18 tahun yang lalu membuatkannya gigih membesarkan anak-anak sendirian. Namun dia terpaksa berdepan dengan kerenah anak-anak yang tidak dapat menerima hakikat ayah mereka sebagai lelaki lembut dan menjadi bualan masyarakat sekeliling.

Meskipun kadangkala dia terasa hati dengan kata-kata dan sindiran anak-anaknya, Mustaffa bagaimanapun bangga dengan perwatakan dan pekerjaannya itu dia berjaya membesarkan dan memberi pelajaran kepada dua anak-anak sehingga ke universiti. Drama ini dibintangi oleh Amran Ismail, Abu Bakar Omar, Kenji Sawahi, Rosnah Mat Aris dan Aida Aris.

Esoknya saksikan drama Kembar Papa menyaksikan aksi Fizo Omar dan Keifli melakonkan watak utama selain dibantu oleh Puteri Sarah, Norish Karman, Nasir Bilal Khan dan Faezah Elai mengisi slot Kasih pada 16 Jun 2012, jam 10.00 pagi di TV2.

Babak menarik berlaku dalam diri dua orang pemuda, Ash dan Akif yang masing-masing memiliki kelebihan yang tersendiri bersaing sesama mereka. Sikap Akif selalu tunjuk pandai dalam semua perkara demi menarik tumpuan gadis dan pensyarah. Manakala Ash pula menggunakan kelebihan yang ada menarik golongan wanita dengan memberikan nasihat percuma tip bagaimana mahu menjaga badan, jaga makan dan jaga personaliti. Kedua-duanya digilai golongan wanita cantik.

Sengketa antara keduanya semakin memuncak apabila kekasih Ash, Tiara mula mendekati Akif. Dengan bantuan Ash, Tiara berjaya menurunkan berat badannya dan kelihatan cantik di mata lelaki. Ketika itu Akif pula ‘masuk daun’ cuba menggoda Tiara hingga gadis itu cair dengan pujukannya.

Keduanya bergaduh besar sejak kejadian itu. Tiara menyalahkan Ash kerana terasa dirinya dikongkong selama ini hingga akibatnya hubungan mereka putus. Sebenarnya Tiara mahu mempergunakan Akif yang bijak dalam pelajaran setelah berjaya mendapatkan berat badan yang ideal secara percuma bila dia bersama Ash.

Konflik berlaku apabila kematian Riyana, ibu kepada Ash setelah terlibat dalam kemalangan dan terlantar beberapa hari di hospital. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Riyana berpesan supaya Ash tinggal dengan bapa dan abang tirinya. Memang Ash sedia maklum bapanya, Mukhriz beristeri lain dan meeka miliki seorang anak. Cuma Ash tidak berminat bertemu mereka.

Tidakan papanya membawa pula Ash ke rumahnya membongkar rahsia rupa-rupanya Akif yang menjadi seterunya selama ini adalah abang kembarnya dan mereka bakal meneruskan kehidupan di bawah satu bumbung mulai hari itu. Selama ini Akif hanya mengetahui dia ada adik perempuan bernama Hani.

Ketika cuti semester, kedua-duanya terpaksa menghabiskan masa bersama kerana mahu membantu papa mereka menguruskan ladang kelapa sawit, ladang pisang dan sawah padi yang luas di kampung. Berlaku pelbagai insiden lucu antara keduanya dalam usaha memenangi hati papa dan seorang gadis kampung yang sama-sama diminati keduanya dalam diam.

Amran Ismail ... dalam Gincu Ayah

babak menyayat hati dalam Gincu Ayah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shop At Viva Home & Win A Trip To London, Istanbul

Neelofa Bakal Jawab Isu Anzalna Pada Hari Ini