in , ,

Telemovie Di Halaman Rindu Lakonan Fouziah Gous

Sesungguhnya kehadiran seorang isteri ke dunia ini menggalas tugas yang sangat mulia terutama dalam bab menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Peranan si suami pula membantu dalam memastikan kelancaran melunaskan tanggungjawab tersebut.

Situasi yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita bila mana seorang suami menyalahkan si isteri bila melihat kenakalan anak-anak di rumah cuba di ketengahkan dalam telemovie bertajuk “Di Halaman Rindu” yang membariskan pelakon Zamarul Hisyam, Fouziah Gous, Hanna Aqeela, Puteri Balqish, Akid Tay dan Redzwan Hashim.

Pengorbanan Seorang Isteri Dalam Telemovie “Di Halaman Rindu” di TV1

POSTER DI HALAMAN RINDU1

Kisahnya bermula dengan situasi bila Helmi balik ke rumah dalam keadaan terlalu penat dan hasratnya ingin berehat tetapi sebaik saja dia sampai ke rumah, dia rasa rimas dengan kerenah anak-anaknya, Han dan Bantu. Di luar rumah bersepah dengan permainan perang-perang. Suasana dalam rumah seperti tongkang pecah.

Helmi menyalahkan Masa, isterinya kerana gagal mendisplinkan anak-anak. Masa kurang senang bila Helmi menggelarkan anak mereka berperangai beruk. Helmi terasa dia tidak lagi dihormati. Namun begitu Masa tetap mempertahankan hak kebebasan anak-anak. Helmi menganggap kerja Masa selaku suri rumah sepenuh masa tidaklah seberat kerjayanya. Kerja suri rumah suatu pekerjaan yang mudah dan ringan.

Esoknya suasana masih tidak berubah. Helmi berang dengan keadaan dalam rumah berselerak dengan permainan simulator penerbangan yang dibuat sendiri oleh Bantu dan Han. Helmi cabar Masa supaya menyerahkan tanggungjawab menguruskan rumah dan anak-anak padanya kerana dia ingin membutikan betapa mudahnya urusan kerja rumah. Dia cadangkan Masa bercuti.

Shaly seorang pelajar seliaan Helmi menghadapi masalah. Pelajar lain menganggap ianya berpunca dari Helmi. Semua pelajar tahu hubungan rapat Shaly dan Helmi. Mereka berdua menjadi rapat kerana Helmi tersangat menghargai kemahiran Shaly dan Shaly sentiasa bersamanya menaiki komuter sewaktu balik kolej.

Shaly meminta pandangan Helmi samada dia harus menerima kehadiran lelaki iaitu bekas gurunya 25 tahun lalu. Dulu dia memang meminati dan menyintai guru tersebut tetapi berpisah setelah guru tersebut berkahwin. Kini guru tersebut hadir semula dalam hidupnya. Helmi cemburu tetapi tidak menunjukkan rasa cemburunya.

Masa bercuti dan Helmi memikul tugas di rumah. Helmi gagal menepati masa menjemput dari sekolah. Hinggakan hampir berlaku kemalangan kerana Helmi tidak cukup rehat. Helmi merajuk bila anak-anak menolak apa yang dia lakukan. Anak-anak tetap memuji pengurusan ibu mereka.

Masa berehat di pantai fikiran Masa tidak tenang kerana dia rindukan kekecohan dan gelak ketawa anak-anaknya. Dia terasa lebih bahagia penat dan sibuk mengurus anak-anak. Haris, yang sedang bercuti asyik memerhati Masa dan keinginan untuk mendekati. Dari jauh bertegur pandang dan kemudian makan bersama dan mula berkenalan. Mereka saling bertukar fikiran akan matlamat mereka bercuti.

Masa berterus terang akan status dirinya. Dia seorang ibu dan seorang isteri. Haris tidak percaya dan menganggap Masa sengaja buat cerita.

Jauh dalam hati Helmi, dia memperakui teruknya menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak. Dia mulai menghargai pekerjaan Masa sebelum ini. Helmi resah dan teramat rindukan Masa.

Lalu apalah yang terjadi seterusnya? Dapatkah Helmi kembali memperbetulkan situasi yang berlaku? Bagaimana pula dengan hubungan Masa dan Haris yang baru berputik? Saksikan drama menarik ini pada 14 Julai ini, pukul 8.30 malam hanya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program SIAPA KATA TAK BOLEH? Tonjol Bakat OKU

Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2015 Kini Dibuka