in

Telemovie Cheongsam Untuk Ibu

INSAF SEORANG ANAK DALAM TELEMOVIE CHEONGSAM UNTUK IBU KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Ibarat kata pepatah, sesat di hujung jalan balik semula ke pangkal jalan. Apatahlagi menjelangnya sambutan perayaan-perayaan yang pastinya mengajak kita sebagai manusia menyuntik kesedaran dalam diri untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan tanpa mengira kaum dan agama.

Begitu juga kesempatan terbuka luas bagi anak-anak yang ingin memohon keampunan daripada ibu dan ayah atas keterlajuran yang dilakukan.

Lalu dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 3 dan 4 Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Citra yang popular di kalangan penonton setianya dalam menyiarkan drama-drama sarat dengan pengajaran berguna untuk ditonton seisi keluarga pada 4 Februari 2011 (Jumaat) ini menyiarkan telemovie bertajuk Cheongsam Untuk Ibu, jam 10.00 malam di TV2.

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

Membariskan pelakon Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee, Erry Putra, Jovinia Jusmin, Satish dan Rosnah Johari, telemovie yang mengambil ‘mood’ perayaan Tahun Baharu Cina ini mengajak penonton menghayati watak Leong yang keliru dengan keinginan dirinya sendiri.

Kerana desakkan perasaan mahu mengejar cita-cita di ibukota Kuala Lumpur, dia sanggup meninggalkan ibunya sendirian di kampung. Semuanya kerana semata-mata mahu meletakkan dirinya setaraf dengan teman-teman sekampungnya yang telah berjaya memperolehi pekerjaan mampu dibanggakan di Kuala Lumpur. Namun nasib setiap individu itu berbeza apatahlagi kerana hasratnya itu tidak mendapat restu orang tua.

Plot drama ini bermula dengan memaparkan watak Mei Lan dan anak tunggalnya, Leong tinggal di sebuah felda. Mereka mengusahakan perusahaan kebun sayur.

Setelah hanya mendapat gred 3 di dalam keputusan SPMnya, Leong tidak seperti kawan-kawan sekampungnya yang telah mengembangkan sayap masing-masing untuk menyambung pelajaran mereka atau mencari pekerjaaan di bandar-bandar besar. Hanya Leong yang tinggal di kampung, membanting tulang empat kerat dengan berkebun.

Leong cemburu apabila melihat kawan-kawannya pulang ke kampung untuk bersama dengan keluarga masing-masing, membawa kereta atau motorsikal berkuasa tinggi. Bila berkumpul, Leong hanya mendengar cerita-cerita kehebatan hidup di bandar dari teman-temannya.

Yang paling menyakitkan hati Leong ialah apabila Jenny, buah hatinya menjalinkan hubungan mesra dengan Tony yang pulang dari Kuala Lumpur dengang kereta besarnya. Jenny mula menjauhi Leong malahan mencemuhnya kerana tidak ada perkembangan dalam hidup. Sejak itu Leong nekad untuk ke Kuala Lumpur.

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

Leong amat minat kepada muzik. Leong ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain muzik handalan. Leong ingin mencari nama dan kemewahan sebagai pemuzik Mei Lan menentang kehendaknya. Mei Lan ingin Leong terus mengusahakan kebun sayur mereka.

Bagi Mei Lan, pendapatan yang mereka dapat dari hasil kebun itu sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka dua beranak tetapi itu tidak cukup bagi Leong. Jiwa remajanya mempunyai citarasa sendiri. Citarasa yang didorong oleh hawa nafsu dan hasutan kawan-kawan.

Sejak Jenny bersikap dingin kepadanya, hasrat Leong untuk ke Kuala Lumpur mula membuak-buak di jiwanya. Dia ingin buktikan pada Jenny bahawa dia boleh menjadi lebih hebat dari Tony. Lalu Leong berhijrah ke Bandar meskipun tanpa restu Mei Lan. Mei Lan membawa rajuknya ke pusara mendiang suaminya, menumpahkan airmata kecewa dan kedukaannya di situ.

Di Kuala Lumpur, Leong tiada arah hendak dituju. Bekalan duitnya semakin berkurangan. Leong menumpang tidur di to’kong untuk beberapa malam dan siangnya dia mencari kerja. Nyata hidup di ibukota tidak seindah yang dibayangkan. Kerana terlalu lemah, Leong tertidur di kedai jahit Aziah, pada suatu malam. Aziah terkejut menemui Leong yang terketar kesejukan, ketika dia ingin ke kedai jahitnya.

Di situlah titik permulaaan perkenalan antara Aziah dan Leong. Aziah membantu Leong untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kelab malam tempat kawannya bekerja. Leong bekerja di kelab malam bukan sebagai pemuzik tetapi sebagai seorang pelayan. Leong tidak berjaya memenuhi cita-citanya untuk menjadi pemuzik.

Menjelang Tahun Baharu Cina, Aziah bersetuju untuk menghantar Leong pulang dengan keretanya. Aziah juga memberi alasan bahawa dia ingin memastikan tubuh Mei Lan muat memakai cheongsam yang dibuatnya. Mei Lan sangat gembira dengan kepulangan Leong tetapi dia terkejut

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiera Kini Penyampai Suria FM The Kerinting Three

Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES