in ,

Telemovie CALON SUAMI NOVELIS Lakonan Tasha Shila

Hubungan suka-benci antara Marlia lakonan Tasha Shila, penulis novel sedang meningkat naik dengan Shahrol (Afiq Muiz), perekagrafik di syarikat penerbitan yang sama tercabar apabila Marlia ke Bandung untuk memantapkan hasil kerja novel terbaharunya bertajuk ‘Calon Suami Novelis’.

Marlia berhasrat mencari calon suami sebenar, jejaka ideal sebagaimana dibayangkannya dalam novel berkenaan. Dia terserempak dan jatuh cinta dengan Ricky yang disangkanya penulis novel terkenal Indonesia, sedangkan jejaka itu seorang penjenayah siber yang kebetulan berwajah mirip Ricky.

Shahrol yang menjejaki Marlia ke Bandung kecewa dengan perkembangan itu. Diam-diam dia bercuti membawa diri ke Korea. Setelah mengetahui siapa ‘Ricky’ sebenarnya, Marlia menyedari bahawa dia tidak mampu menipu dirinya lagi bahawa dia sebenarnya mencintai Shahrol. Marlia cuba menjejaki Shahrol di Korea.

Ikuti perjalanan kisah menarik ini dalam telemovie bertajuk ‘Calon Suami Novelis’ yang menemui penonton pada 4 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Ia membawakan kisah Marlia, novelis yang baru meningkat naik sering membayangkan lelaki yang serba sempurna sebagaimana yang digarap dalam novelnya sebagai calon suaminya. Pendirian Marlia menimbulkan rasa kurang senang pada Shahrol, perekagrafik di syarikat penerbitan novel Marlia. Justeru, mereka sering bertelagah dan bertengkar. Bagaimanapun ketika Marlia dalam tekanan, dia akan mencari Shahrol.

Satu hari, manuskrip novel terbaru Marlia ditolak oleh penerbit, Ramlah atas alasan novel tersebut kurang menarik dan paparan cinta watak utama dalam novel berkenaan yang tidak bersatu dengan latar lokasi iaitu Bandung. Marlia menulis situasi di Bandung berdasarkan cerita yang disampaikan oleh ayahnya, Riezman.

Shahrol nasihatkan Marlia mengolak semula manuskrip tersebut dengan berlatarbelakangkan Malaysia kerana Marlia. Bagaimanapun Marlia nekad hendak ke Bandung atas alasan ingin merasai sendiri pengalaman di sana.

Shahrol dan Riezman kurang setuju. Namun Marlia tetap berdegil. Di Bandung, Marlia mempunyai seorang kenalan FB iaitu Dian. Kedatangan Marlia disambut mesra oleh Dian. Di Bandung, Marlia berkenalan dengan Ricky, seorang penulis novel terkenal di Indonesia.

Pengalaman di Bandung dan perkenalan dengan Ricky menyebabkan Marlia dibuai cinta. Ricky bukan sahaja sehati sejiwa dengannya, namun segala perwatakan lelaki idaman yang sering digambarkan dalam novelnya ada pada Ricky. Keseronokannya juga menyebabkan dia bercerita tentang Ricky kepada Shahrol. Shahrol mula rasa cemburu.

Hubungan Marlia dengan Ricky juga menyebabkan Dian rasa tersisih. Dian merajuk dan tidak lagi menjadi peneman Marlia. Tindakan Dian menyebabkan hubungan Marlia dan Ricky makin rapat dan akhirnya dalam diam mereka saling menyintai. Shahrol yang mula rasa kehilangan Marlia, turut ke Bandung. Shahrol makin kecewa apabila mendapati Marlia memang benar-benar jatuh cinta pada Ricky. Shahrol ingin kembali ke Malaysia dan ketika itu Dian datang dan memberitahu yang Ricky adalah penjenayah yang diburu oleh pihak polis dan menyamar sebagai Ricky, penulis novel Indonesia. Ricky akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Marlia dan Shahrol kembali ke Malaysia. Marlia mula rasa malu dengan Shahrol, manakala Riezman meyakinkan Marlia yang Shahrol memang cintakan Marlia. Bagaimanapun Marlia kecewa apabila mendapati Shahrol sering berhubungan dengan Dian. Marlia mengambil keputusan untuk tidak mengganggu hubungan Shahrol dan Dian, namun dalam diam di saat dia tertekan dia memerlukan Shahrol. Dan di saat Marlia dalam keadaan benar-benar pasrah, Shahrol datang dan mengharapkan cintanya pada Marlia bersambut. Marlia menolak kerana dia rasa bersalah dengan Dian. Siapakah Dian yang sebenarnya? Apakah hubungannya dengan Shahrol?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Cinta Hampa Lelaki Seberang Dalam Telemovie “Calon Suami Novelis” di TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Selebriti Pokai Gadai Jam Tangan

Ini Dia Trailer Terbaru Paranormal Activity: The Ghost Dimension