in ,

Telemovie BEJALAI Sempena Pesta Kaamatan

Julia merupakan seorang wartawan telah ke Sarawak untuk liputan Hari Gawai, apabila berada di sana beliau telah merungkai satu rahsia mengenai dirinya.

Dibintangi pelakon utama Zack X-Factor dan Janna Nick, plot kisah drama istimewa Kaamatan bertajuk “Bejalai” ini menemui penonton pada 31 Mei ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TVi.

Kisahnya bermula dengan watak utama Julia adalah seorang wartawan muda dari Kuala Lumpur telah berkunjung ke Sarawak untuk membuat liputan cerita tentang sambutan tradisional Hari Gawai di rumah panjang di Batang Ai.

babak dalam Bejalai

Namun Julia secara tidak langsung merasakan dia mempunyai kaitan dengan rumah panjang ini dan tradisi yang diamalkan melalui mimpi-mimpi pelik yang selalu menghantuinya sepanjang berada di sana.

Julia berkawan baik dengan seorang guru yang baik hati dan penyayang yang mengajar anak-anak di sana, Evelyn. Mereka dengan sangat mudah menjadi serasi dan rapat.

Julia juga mendapati dirinya cepat tertarik dengan anak Tuai rumah bernama Leo. Leo adalah seorang pemuda Iban yang sangat bertanggungjawab dan sangat menyayangi budaya dan adat serta keluarganya. Dia mempunyai pengetahuan yang luas perihal kebudayaan di rumah panjang tersebut.

Julia adalah seorang yang sangat fobia kepada air dan ini menjadi satu isu dalam sesetengah babak cerita dan semakin jelas fobia Julia ada kaitan dengan kehidupan beliau yang lampau iaitu semasa beliau masih kanak-kanak. Selanjutnya, semakin banyak yang dapat diketahui berkenaan Julia dan hubungannya dengan persekitaran dirumah panjang tersebut.

Cerita yang menyentuh perasaan ini menjurus kepada pencarian cinta yang telah lama hilang, memberi harapan kearah yang lebih baik dan menjalani kehidupan dalam persekitaran yang sangat mempesonakan. Inilah perjalanan Julia, di mana dia sendiri mengetahui bahawa dia adalah sebahagian daripada Sarawak dan budayanya.

Turut berlakon Iwan Haji Dasri dan Magrina.

drama Bejalai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Terbang Semula Ke Dhaka Bangladesh

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – MINIONS (in 3D)