in , ,

Telemovie BAWALAH AKU PULANG Lakonan Wan Sharmila

Telemovie “Bawalah Aku Pulang”, Kisah Keinsafan Penagih Dadah Di TV2. Dalam mencetuskan kesedaran kepada masyarakat terhadap peranan yang harus dimainkan untuk memberi sokongan kepada bekas penagih dadah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sebuah drama menyuntik keinsafan bertajuk “Bawalah Aku Pulang” pada 7 Julai ini, pukul 10.00 malam mengisi slot popular Citra di TV2.

Menampilkan pelakon Linda Hashim, Syed Aiman, Wan Sharmila, Adam Shah dan Mak Wan, kisah keinsafan seorang gadis yang terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah ini bermula dengan Adam dan Wawa berkawan baik sejak dibangku sekolah lagi. Oleh kerana sikap Adam yang degil dan suka menunjuk-nunjuk membuatkan Wawa susah hati kerana Adam memang suka mencari masalah dan suka bergaduh dengan kawan-kawannya bila dia dicabar. Adam akhirnya terpengaruh dengan kawan-kawan yang tercicir sekolah dan terlibat dengan dadah.

Pada mulanya Wawa tidak suka dengan perangai Adam yang terlibat dengan dadah. Tetapi Wawa diperdaya oleh kawan-kawan Adam yang telah dimasukkan dadah ke dalam minuman Wawa. Bila Wawa berada dalam keadaan hayal Wawa telah diperkosa oleh kawan-kawan Adam. Sejak itu Wawa mula terlibat dengan dadah bersama Adam. Pelajaran Wawa merosot dan keluarga Wawa mengetahui punca sebenar kenapa Wawa tercicir dan mula berubah tingkah laku. Mereka tahu Wawa terlibat dengan dadah kerana pengaruh Adam.

Keluarga Wawa cuba pisahkan hubungan Wawa dan Adam untuk menyelamat Wawa dari terus menagih dadah. Oleh kerana sering dimarahi oleh keluarga akhirnya Wawa mengambil keputusan lari dari rumah bersama Adam ke Kuala Lumpur. Sejak itu bermulalah kisah hitam Wawa bersama Adam bila kesesakan hidup di kota dan ketagihan dadah terus membelenggu dirinya bersama Adam. Sehinggalah Wawa dan Adam sama-sama mengidap HIV.

Suatu hari Adam telah mengambil dadah yang berlebihan dan kesan dari HIV dan kerosakkan pada organ dalaman telah meragut nyawa Adam. Sejak kematian Adam, Wawa terpaksa hidup bersendirian menempuh pancoraba hidup di kota sebagai penagih dadah tegar dan juga pengidap HIV. Wawa cuba hendak lari dari dunia hayalan itu dan kembali kepada keluarganya.

Tetapi sikap keluarga dan masyarakat sekeliling yang memandang serong kepadanya yang menjadi penagih dan pengidap HIV membuatkan Wawa kembali semula hidup di jalanan sebagai penagih. Sehingga lah Wawa menemui Ustaz Haikal seorang hafiz lulusan Tahfiz di Darul Quran yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) dalam jurusan sosiologi Islam.

Di samping menuntut di universiti Haikal begitu aktif membuat kerja-kerja amal membantu masyarakat. Sasaran Haikal untuk membantu remaja yang bermasalah dan sesat dalam persimpangan kehidupan. Ustaz muda itu menjalankan kempen menyedar remaja memahami erti kehidupan dari sudut Islam. Ketika itulah Ustaz Haikal menemui Wawa yang ketika itu berada dalam pasrah.

Dorongan dan dakwah yang diberikan Ustaz Haikal telah berjaya menyedarkan Wawa untuk kembali dalam masyarakat. Wawa berusaha menjalani rawatan penagihan dan rawatan kesihatan untuk mengurangkan penyakit HIV yang dihidapinya.

Dalam hubungan itu kedua mereka semakin memahami antara sama lain sehingga Wawa jatuh hati pada Ustaz Haikal. Tetapi perasaan cinta itu disembunyikan dari pengetahuan Ustaz Haikal kerana dia sedar dirinya yang sudah tidak suci tentunya tidak dapat diterima oleh Ustaz Haikal. Cinta Wawa terhadap Ustaz Haikal semakin subur sehingga Wawa sudah tidak tertahan lagi untuk meluahkan perasaan hatinya kepada Ustaz Haikal.

Perubahan sikap Wawa yang semakin mengambil berat tentang hubungannya dengan Ustaz Haikal membuatkan Ustaz Haikal merasakan Wawa sudah menyembunyikan rahsia hatinya. Ustaz Haikal tahu perasaan Wawa dan dia sama sekali tidak mahu menguris perasaan Wawa. Ustaz Haikal sedar sekiranya dia menolak cinta Wawa dia takut Wawa akan kembali kepada kegiatan asalnya menagih dadah bila jiwanya tidak terkawal lagi. Apakah sebenarnya alasan Ustaz Haikal menolak cinta Wawa? Adakah Wawa kembali ke jalan hidupnya yang ‘hitam’ setelah mendengar penjelasan lelaki dicintainya itu?

poster bawalah aku pulang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Budiey Pilih Jam Tangan Claude Bernard Untuk Lebaran Ini

Zain Saidin Terpaksa Bertongkat Akibat Ligamen Lutut Koyak