in

Telemovie 30 Hari Cinta Temukan Amyra Rosli & Dazrin Kamarudin

Tahukah anda bahawa di Malaysia, kes-kes perceraian semakin meningkat setiap tahun? Memang amat menakutkan dan menggerunkan bukan? Cuba memberi pendekatan secara santai cara mengembalikan kemesraan suami isteri sekaligus mengelakkan terjadinya apa yang disebut “penceraian”, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik bertajuk “30 Hari Cinta” pada 15 Februari depan, pukul 2.00 petang di TV1.

babak sedih drama ini

[pullquote align=”right”]Menampilkan pelakon Dazrin Kamarudin, Amyra Rosli, Sharifah Sakinah dan Talha Harith, drama mengisi slot Panggung 1 ini berkongsi kisah watak Fendy dan Emylia telah berkahwin selama 2 tahun. Fendy merupakan seorang usahawan muda yang sedang naik manakala Emylia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Oleh demikian, Fendy selalu perlu bekerja luar daerah dan meninggalkan isterinya.[/pullquote]

Pada suatu hari, Fendy menerima setiausahanya yang baru bernama Suzana. Suzana kerap menemani Fendy membuat kerja luar sehingga hubungan mereka menjadi semakin rapat dan mesra. Lama-kelamaan Fendy tidak dapat menipu hatinya. Fendy menyedari dirinya sudah menyukai Suzana dan ingin berkahwin dengan Suzana. Suzana bersetuju untuk berkahwin dengan Fendy tetapi dengan syarat Fendy menceraikan Emylia.

Walaupun Fendy berasa serba salah, namun diterimanya oleh kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap Suzana, Emylia berasa terkejut apabila Fendy menyampaikan hasratnya ingin berpisah. Walaupun berasa sedih, namun Emylia tetap bersetuju tetapi meletakkan syarat bahawa Fendy perlu bersamanya selama 30 hari sepertimana kehidupan mereka pada awal perkahwinan dan sewaktu bercinta. Permintaan itu amat mengejutkan Fendy tetapi Fendy bersetuju kerana ingin segera berpisah dengan Emylia. Keesokkannya, Emylia meminta Fendy mengucup, memeluk dan mendukungnya seperti pada awal perkahwinan mereka, walaupun pada mulanya berasa agak janggal, dan tidak selesa, namun lama-kelamaan dia menjadi selesa.

Pada satu hari, apabila bangun dari tidur, Fendy melihat Emylia tiada disisinya, dan apabila beliau pergi ke ruang tamu, terlihat Emylia selamba menonton TV, sehingga Fendy pergi kerja, Emylia masih tidak menghiraukan Fendy. Akhirnya, baru Fendy sedar, tempoh 30 hari telah tamat pada hari tersebut.

Kemudian Suzana muncul di pejabat, Fendy menyatakan ingin berpisah dengan Suzana, Suzana berasa marah lalu meninggalkan Fendy, tiba-tiba Fendy mendapat mesej daripada Emylia meminta izin keluar rumah. Fendy terkejut dan bergegas pulang ke rumah, setibanya di rumah, Emylia sudah tiada, Fendy menangis, tiba-tiba Emylia muncul memberitahu dia keluar rumah sebentar bagi membeli barangan dapur untuk makan malam ulang tahun perkahwinan mereka ke-3. Fendy tersenyum lalu memeluk Emylia.

babak cinta

amira dan dazrin pegang watak suami isteri

Amyra Rosli pegang watak isteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pameran Perkahwinan Di Puncak Kayangan Menara Kuala Lumpur

Craig David Bakal Perform di Twin Towers @live 2014