in ,

Pengajaran Bila Anak Minta Upah Dalam Telemovie 20 SEN

Menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak sememangnya terdedah dengan pengaruh rakan sebaya. Apatahlagi pada usia yang masih muda, mereka masih tidak dapat membezakan mana satu yang baik begitu juga sebaliknya.

Mewarnai cuti penggal persekolahan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “20 Sen” pada 15 Disember ini, pukul 2.00 petang di TV2 berkongsi konflik yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita. Ia mengaitkan kisah seorang budak yang meminta upah bagi setiap perkerjaan yang dilakukannya di rumah tanpa memikirkan pengorbanan orang tuanya.

Pengajaran Bila Anak Minta Upah Dalam Telemovie “20 Sen” Di TV2

Telemovie ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Mail dan Yana, anak peneroka serta Boy, anak pengurus rancangan FELDA. Boy dan Yana selalu mendapat upah dari kedua orang tuanya apabila dia menolong mereka. Mail juga teringin mendapat upah dari kerja-kerja yang dilakukan di rumah.

Sejak itu Mail mula meminta upah daripada ibu, baba dan Along, kakaknya. Setiap kali kerja, Mail akan meminta upah dalam kiraan 20 sen seperti ambil daun pandan untuk ibu upahnya 20 Sen dan tolong cari buku latihan Along dimintanya 5 keping duit 20 Sen. Mail membuat catatan di buku bagi setiap upah yang diterimanya.

Ketiga-tiga sahabat ini bertanding dan Boy begitu yakin dia boleh mendapat upah terbanyak. Apabila kiraan dibuat ternyata Mail yang mengumpul upah terbanyak dan Boy tidak mempercayainya. Kemudiannya Boy mensyaratkan setiap upah yang diterima mereka mesti dikeluarkan resit.

Secara tidak disengajakan emak kepada Mail, Yana dan Boy mendapat tahu mereka menerima resit yang sama. Ibu memberitahu Baba tentang perkara ini dan mereka merancang sesuatu untuk Mail.

Di sekolah Mail, Yana dan Boy membuka bekal mereka dan didapati ada bil disertakan. Sewaktu mahu makan tengah hari di rumah, Mail juga mendapati terdapat bil disetiap nasi dan lauk yang dihidangkan.

Mail berkurung di bilik tidur dan mula memikirkan bahawa dia tidak ada duit lagi bagi membayar makanannya. Tiba-tiba dia mendapat pula bil dari ibu yang menuntut bayaran bagi mengandung dan membesarkan Mail yang berjumlah kesemuanya RM15,500.00 tapi bila dilihat pada muka belakang tertulis ‘Percuma’.

Mail keluar dari bilik dan bertemu ibu, along dan baba. Berikutnya Mail membuat catatan tentang jasa dan pengorbanan yang telah ibu, baba dan along lakukan kepadanya selama ini.

Telemovie arahan Asri Alias ini dibintangi oleh Carl Eqmal Hazali, Farhan Nizam, Bella Dowanna, Fara Hazali, Sahrolnizam Noor, dan Airis Yasmin.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia Bakal Disiarkan di Aplikasi Tamago

Sebab Ada Aishah dalam GEGAR VAGANZA, Ibu Hetty Setuju Mahu Jadi Juri