in ,

Teater sudirMANIA Beri Hargai Allahyarham Datuk Sudirman

[dropcap]S[/dropcap]etelah kejayaan RAMLEEFESTASI; sebuah teater ‘tribute’ kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Revolution Stage sekali lagi bakal mementaskan teater ‘tribute’ kedua bertajuk sudirMANIA yang memberi penghargaan kepada Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Biarkan aku hidup dalam nostalgia, kerna itu buat aku bahagia – Sudirman

“SudirMANIA” akan mengambil lagu-lagu nyanyian Allahyarham sebagai naskhah pementasan. Berlatarkan tahun 80-an, mengisahkan tentang beberapa kumpulan remaja dari latar kampung, bandar dan pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman dan ingin pergi ke Konsert Gergasi Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ramlan merupakan pemuda dari kampung bersama rakan-rakannya sudah bernekad mengumpul duit bagi tambang mereka ke Kuala Lumpur, walaupun tidak di izinkan keluarga masing-masing.

Poster SudirMANIA

Maya merupakan anak gadis orang kaya yang juga akan hadir ke konsert gergaji tersebut yang ditemani Osman dan kumpulannya bagi menjaga keselamatannya. Pelbagai halangan dan dugaan semasa persediaan mereka untuk ke konsert Sudiman itu. Akhirnya mereka berjaya, dan melalui malam yang begitu indah. Dalam masa perjalanan persembahan itu berlangsung, Basir, Din dan Mael – remaja yang tinggal di kawasan Chow Kit – merasakan konsert itu satu pencerobohan dan mengganggu mereka membuat aktiviti telah cuba mengganggu beberapa penonton di situ. Ramlan telah ternampak Maya dan terjatuh hati dengan Maya. Semenjak pertemuan di konsert itu, berlaku pelbagai kejadian suka dan duka.

Pengarah merangkap penulis skrip Khairunazwan Rodzy berkata “sudirMANIA meneruskan semangat RAMLEEFESTASI dengan mengembalikan nostalgia lagu-lagu Allahyarham dalam bentuk teater”. Beliau merasakan perlu untuk mementaskan teater ini kerana semakin ramai anak-anak muda yang tidak tahu akan lagu-lagu Allahyarham. Projek BB dikekalkan sebagai teraju utama pementasan dan akan dibantu oleh Intan Nor Saina dan Kirin Muhamad dari Pelangi Chenta.

“sudirMANIA” akan dipentaskan di MORNE art gallery, Tingkat 10 Menara MARA, Jln TAR pada 26 sehingga 30 jun 2013. Pementasan berlangsung pada 8.30 (26 hingga 30 Jun) dan pada 3pm dan 8.30pm (29 Jun).

Tiket berharga RM25 sahaja. Untuk maklumat lanjut, klik laman Facebook dan Twitter Revolution Stage. Untuk tempahan dan pembelian tiket pula, hubungi A.A di 017982 3272 atau N.A di 010760 3101.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aishwarya Rai di Pelancaran Butik Jam Longines

Bocik, Achey, Tapaw & Titan Mara Ke Konsert Akhir Bintang Mencari Bintang