Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Teater Nyonya Lakonan Juhara Ayob di Istana Budaya



Judul Teater:
Nyonya

Skrip:
Wisran Hadi (Indonesia)

Pengarah:
Rosminah Mohd. Tahir

Pelakon:
Juhara Ayob. Zaifri Husin, Katijah Tan, Melissa Saila, Tania Zainal & Yani Mae

Anjuran:
Persatuan Penulis Wanita Malaysia, Istana Budaya & CTRA Production

Tarikh:
20 – 24 Februari 2008

Masa:
8.30 malam

Tempat:
Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tiket:
RM30 & RM20

Pengenalan:
TEATER ini telah dipilih oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk dipentaskan buat pertama kalinya di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur pada 7 – 11 Oktober 2004.

Di bawah arahan Siti Rohayah Attan, karya Wisran Hadi ini dilakonkan oleh Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, Melissa Saila, Rosman Ishak dan Ismaliza Ishak. Pementasan yang mendapat kerjasama dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Kali kedua Nyonya telah menemui penonton di Taman Seni Budaya Seremban, Negeri Sembilan dari 10 – 12 Disember 2004 dengan dibarisi pelakon seperti Eyzendy Aziz, Tania Zainal, Khatijah Tan, Rozie Rashid, Ismaliza Ishak dan Rosman Ishak di bawah arahan Siti Rohayah.

Teater ini sekali lagi dipentaskan bagi kali ketiga pada 25 – 27 Mei 2007 di Taman Budaya Pumpong Alor Star, Kedah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kedah dan KeKKWa.  Kali ini ia diarah oleh Rosminah Mohd. Tahir dengan dibarisi pelakon Juhara Ayob, Khatijah Tan, Zaifri Husin, Vanidah Imran, Tania Zalina Zainal dan Farah Adila Apandi. Tetamu Kehormat ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Klahid dan isteri, Datin Seri Noraini Abdullah.

Memandangkan skrip teater ini amat baik dan membawa kesan positif kepada khalayak, maka adalah wajar ia dipentaskan kembali di tempat yang berbeza. Malah, lebih menarik sekiranya ia dijadikan teater keliling dan memberi peluang kepada masyarakat luar kota menikmatinya. Justeru, kami Produksi Nyonya amat berharap teater yang penuh dengan nasihat ini dapat dipentaskan seluruh negara sebagai bahan tontonan masyarakat Malaysia.

Tujuan Pementasan
Persembahan ini didedikasikan dengan sepenuh hati kepada Penaung PPWM, YABhg. Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri Malaysia yang telah menjadi penaung sejak PPWM ditubuhkan pada 1999 hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Persembahan ini sebagai penghormatan kepada semangat yang beliau tanamkan kepada ahli-ahli PPWM supaya tidak pernah jemu memertabatkan seni negara tanah air.

Setelah dipentaskan sebanyak tiga kali, pertama di Kuala Lumpur dan kali kedua di Taman Budaya, Seremban dan kali ketiga di Taman Budaya Pumpong,  Alor Star, Kedah ternyata teater Nyonya mampu mengundang penonton. Dengan cara ini secara tidak langsung dapat mempromosikan Pelancongan Seni di ibu kota dan juga seluruh Malaysia. Ini bersesuaian dengan Kempen Pelancongan 2007-2008.

Selain daripada ia sebagai salah satu agenda bagi mempromosikan dunia seni teater yang seakan terpinggir, teater Nyonya terpanggil untuk mendekatkan kembali masyarakat dengan persembahan seni pentas sejajar dengan kehendak kerajaan supaya kita menggemilangkan seni budaya dalam negara. Apa lah erti sesebuah kesenian yang dikatakan kaya dalam negara tetapi tidak diterjemahkan.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), PPWM berhasrat tinggi untuk sama-sama mendidik dan membuka ruang yang luas kepada karyawan muda terutamanya wanita bagi mewarnai dunia seni negara. Kreativiti mereka yang halus dan tersendiri seharusnya ditonjolkan, bukan disembunyi atau dibiar terpendam begitu sahaja.

Dengan wujudnya kerjasama antara NGO dan Badan Badan Kerajaan serta Kerajaan Negeri secara tidak langsung ia mengeratkan lagi hubungan tersebut sekali gus dapat memikul tanggungjawab bersama dalam memartabatkan seni, pelancongan dan warisan dalam negara ini. 

[tags]Teater Nyonya, Lakonan Juhara Ayob, Istana Budaya, Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, Melissa Saila, Rosman Ishak, Ismaliza Ishak, Juhara Ayob, Khatijah Tan, Zaifri Husin, Vanidah Imran, Tania Zalina Zainal, Farah Adila Apandi[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Teater Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
  • Biodata Profile Pelakon Teater Nyonya
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Jom Nonton Teater Musical Peter Pan di Istana Budaya
  • Mikha Tambayong Dalam Teater Gerimis Mengundang
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Teater P. Ramlee The Musical di Istana Budaya Lakonan Musly Liza Hanim
  • VIDEO PROMO TEATER MUZIKAL PATRIOT ASHRAF MUSLIM
  • Poster Konsert SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya



  • Satu Komen untuk entri “Teater Nyonya Lakonan Juhara Ayob di Istana Budaya”

    1. Siti kata:

      Tolong siarkan teater Nyonya serta teater-teater yang yang pernah dipentaskan di Istana agar semua penonton tak kiran miskin atau kaya, yang tinggal di Lembah Kelang ataupun Sabah dapat menikmatinya. Tolong bekerjasama dengan pihakl RTM dalam siaran tersebut. Terima kasih.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK