Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1



Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Bulan Rabiulawal telah mencatat pelbagai peristiwa penting dalam sejarah tamadun Islam dan di antara yang terbesar adalah kelahiran Nabi Muhammad SAW, perlantikan Nabi sebagai Rasul junjungan selain wafatnya Rasullulah SAW yang telah dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah pada bulan yang sama.

Justeru pelbagai aktiviti keagamaan telah disusun bagi menyambut acara yang dimuliakan oleh setiap umat Islam ini. Untuk itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut serta menyiarkan pelbagai program istimewa diantaranya sebuah teater berjudul Natrah yang telah dirakamkan dengan kerjasama Istana Budaya khas untuk penonton setia salurannya.

Bakal bersiaran pada 28 Februari 2010 (Ahad), jam 3.05 petang di TV1, Teater Natrah mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis berketurunan Belanda bernama Bertha Heartogh atau nama melayunya Nadra Maarof yang telah dipelihara oleh seorang wanita bernama Che Aminah Mohamad tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus kerana beliau ditahan dalam tawanan tentera Jepun. Che Aminah memelihara Bertha menurut cara hidup Melayu dan berpendidikan Islam.

Percintaan Natrah dan kekasihnya Mansoor Adabi telah menjadi konflik yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura pada tahun 1950 atas dasar sentimen agama dan isu warna kulit. Setelah Sarjan Heartogh dibebaskan dari tawanan Jepun akibat dari pengeboman oleh amerika terhadap Hiroshima dan Nagasaki beliau telah pulang ke Bandung dan mencari kembali anaknya Natrah.

Sejak dari itulah, berlakunya perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Bagi mengelakkan konflik terus berulang, Natrah dan Mansoor Adabi dikahwinkan secara nikah gantung ketika umurnya mencecah 13 tahun. Menurut Undang-Undang dalam Syariah Islam, gadis berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin manakala mengikut Undang-Undang Belanda, anak gadis berusia 16 tahun ke bawah, bapanya masih berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu perebutan penjagaan anak telah mengakibatkan satu rusuhan besar di Singapura. Untuk mengetahui kesudahan konflik ini, jangan lupa untuk menyaksikan teater Natrah yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Remy Ishak, Umie Aida, Sofia Jane dan Maya Karin hanya di Slot Pentas 1 pada 28 Februari 2010 jam 3.05 minit petang sempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul
  • Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran
  • JEJAK RASUL 14 – RIHLAH IBN BATTUTAH
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Video Music Astaghfirullah Hafiz Hamidun
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430H
  • Sirah Nabi



    • Hamba Allah

      Bila dikenang2 kembali kes Natrah ni…sayu je pikir…apa lah nasib org yg dah murtad ni kan? Tapi nak salahkan dia 100% pun tak leh gak, sbb Undang2 Belanda masa tu yang menyebabkan dia jd camtu!

    • tintong

      biar betul teater nie ada kat TV1. Mesti tengok nie..betol ke teater nie gempak sangat?

    • kanankiri

      Salam budiey.

      Saya telah membaca buku berkenaan Natrah.Saya amat kasihan kepada Natrah sendiri,Puan Che Aminah (ibu angkat Natrah) dan bekas suami Natrah,Encik Mansor Adabi.Setelah membaca buku tersebut,saya seperti dapat merasakan perasaan & kasih sayang di antara mereka sehingga berlakunya pergolakkan dan rusuhan kesan dari keputusan mahkamah di Singapura pada masa itu.

      Walaupun Natrah akhirnya berjaya di bawa ke Belanda,tetapi beliau menghadapi trauma yang teramat teruk hingga separuh hayat beliau masih terkenangkan kisah lampau ketika beliau masih di dalam penjagaan Puan Che Aminah & kehidupan sementara beliau sebagai isteri kepada Encik Mansor Adabi sebelum mereka berpisah.

      Saya berharap pihak RTM boleh membuat ulang tayang teater Natrah kerana kisah tersebut perlu kita hayati sebagai umat Islam dalam negara yang berbilang kaum & agama.

    • dyana

      salam. .
      urm sy minat sgt nk tahu tentang cerita natrah ni. .
      pd mulanya nnek sy yg mnceritakn kisah natrah ni pd sy, dan sy fikirkan hanya rekaan semata2. .kisah ni brmula bila nnek sy d gelar dgn nama natrah mse dia kcik2 dlu. .krna kmerah merahan rmbutnya dan mukanya ala2 kacukan. .nnek sy ni sebenarnya anak angkat,ibu bapa asalnya adalah orang cina dan akibat kesempitan keluarga pd masa tu,nnek sy di beri kpd org melayu dan sekaligus mnjadi org islam laa. .hal ini mnambah kekuatan tentang gelaran natrah yg di beri oleh org2 kmpung dan cikgu2nya di sekolah. .
      so bila nnek sy bcerita mgenai kisah natrah ni,sy begitu ingin lebih tahu tentangnya. .di tambah lg bila sy dpt tahu yg kisah ni di teaterkan. .so bila sy godeh2 internet ni tiba2 terigat tentang natrah tu. .
      kalau nak pegi tgk teater tu mmang tak la kot sbb sy p0n sibuk nk smbung blaja,then bila sy terbaca yg cerita ni ada di siarkn di tv1 pd februari lalu rasa mcm ruginyaaaaaaaaaaa sy tak tgk,, tp apa boley buat,bnda dh lepas pun..
      so sy nk tanya laa,,cerita ni akan disiarkn lagi tak agak2?? dan ada jual dalam bentuk dvd atau cd ke?? sy nak beli la.. h0pe dapat bantu sy. .
      assalamualaikum. .



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK