in

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta

Semalam, jam 3 petang, Budiey sempat untuk mendengar pengumuman tentang teater muzikal berjudul TERIMA KASIH CINTA akan dipersembahkan di Istana Budaya pada 17hb Februari 2011 hingga 6 Mac 2011, dan bakal mementaskan 19 persembahan selama dua minggu.

Majlis yang diadakan di Theatrette Sri Pentas semalam dihoskan oleh Zher – hos 8TV Quickie.

Teater Terima Kasih Cinta

Senyum memanjang je Zher ni..

Teater Terima Kasih Cinta

Di majlis itu juga, para media juga turut menyaksikan satu kerjasama The Creative Partnership Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios Sdn. Bhd. (anak syarikat Media Prima Berhad) yang akan menggabungkan cinta mereka melalui kerjasama untuk merealisasikan fenomena muzikal – Terima Kasih CINTA.

Dimulakan ucapan dari orang kuat The Creative Partnership Sdn. Bhd. iaitu Boudeng Edruce.

Teater Terima Kasih Cinta

Juga Pengurus Besar bagi Bisnes Studio & Hal-Ehwal Korporat, Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin.

Teater Terima Kasih Cinta

Oleh kerana projek ini masih lagi di peringkat mencari pelakon dan krew belakang tabir, jadi pihak produksi tidak dapat mengumumkan siapakah yang akan menjadi pelakon, pengarah dan sebagainya. Untuk info, satu ujibakat untuk memilih pelakon akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Ia terbuka kepada semua pelakon profesional dan pelakon baru. Dengarnya, mereka akan mencari 10 orang pelakon utama dan 20 orang lagi pelakon pembantu.

Terima Kasih CINTA yang diadaptasikan daripada filem CINTA, adalah sebuah produksi ‘Primeworks Studios’ berkisarkan lima kisah cinta pada masa kini yang menunjukkan kepelbagaian karakter. Penonton akan mendapat kesan bunyi dan visual yang memukau daripada produksi ini. Produksi ini juga akan mempersembahkan lagu-lagu nostalgia yang disuntik daripada era awal 90-an.

Penerbit bagi produksi ini Boudeng Edruce berkata, “Dengan mengambil pendekatan kontemporari, Terima Kasih CINTA telah diolah dengan babak-babak yang dramatik dan dialog yang penuh emosi serta diselang-selikan dengan lagu-lagu retro. Ianya juga akan disuntik dengan gerakan tarian yang menyentuh perasaan dan akan menambahkan lagi keterujaan pada persembahan ini.”

Boudeng Edruce menambah, “Kami ingin melahirkan lebih ramai penggerak teater di dalam industri ini melalui penerbitan Terima Kasih CINTA. Bakat yang berpotensi dan berkredibiliti akan terhasil dan saya percaya mereka akan dapat berkerjasama dan sekaligus produksi ini akan berjaya nanti. Ujibakat untuk pelakon utama, “ensemble”, dan artis akan berlangsung pada bulan Oktober. Siri latihan pula akan bermula pada minggu pertama bulan November dan akan berlanjutan selama 3 bulan.

Pengurus Besar bagi Bisnes Studio & Hal-Ehwal Korporat, Primeworks Studio , Tengku Iesta Tengku Alaudin pula berkata: “Filem CINTA telah menyentuh kehidupan ramai serta karakter di dalam filem tersebut adalah amat tersendiri. Filem tersebut bukan sahaja berjaya menambat hati penonton malah industri filem tempatan sendiri. Filem ini telah menggondol beberapa anugera pada Festival Filem Malaysia yang ke-20 iaitu anugerah Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Datuk Rahim Razali, Lakon Layar Terbaik dan juga Suntingan Terbaik. Filem CINTA juga telah meraih beberapa anugerah di Anugerah Skrin ke-9 dan Anugerah Oskar 6. Oleh itu, kami amat teruja untuk menantikan muzikal yang hebat dan produksi yang berjaya nanti.

Muzikal ini dijangka dapat menyebarkan CINTA kepada semua tanpa mengambil kira bangsa, jantina mahupun agama.

Teater Terima Kasih Cinta

Teater Terima Kasih Cinta

Teater Terima Kasih Cinta

Teater Terima Kasih Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Album Raya Suria FM Ceria Raya

Filem Senario Asam Garam di Hari Raya Aidilfitri Ini