in ,

Teater Muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta Bantu Mangsa Banjir

Karya demi karya, Puan Erma Fatima menghasilkan sebuah lagi pementasan sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelang esok. Sebuah Teater Muzikal bertajuk ‘Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta’ akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 3 hingga 7 Januari 2015. Atas kemurahan hati pihak produksi Amazon Entertainment, sejumlah daripada hasil penjualan tiket pementasan ini akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Tabung Bencana NSTP – Media Prima.

Akan ke Istana Budaya pd malam ni untuk menyaksikan Pementasan Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Malam Prebiu Media.   Diarahkan oleh Eirma Fatima, pementasan Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta bakal dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lum

Ketika zaman kezaliman dan kedaifan Quraisy, di mana bumi Allah S.W.T ini ketandusan dan tidak bernyawa, lahirnya seorang bayi pemberi kehidupan ke dunia ini. Bayi yang dilahirkan disambut dengan cahaya ‘Nur’ serta awan menyelimuti tubuhnya, segala berhala yang disembah tumbang, Api yang disembah orang Majusi yang tidak pernah terpadam selama seribu tahun terpadam dengan sendirinya, dan Tasik Sava yang dianggap suci (kurafat) mulai kering ditelan bumi. Inilah tanda bermulanya sebuah zaman dimana Agama Islam akan bangkit menyinar bumi disaat kegelapan bermaharajalela.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Encik Ahmad Izham Omar:

“Keikhlasan dan kemurahan hati pihak produksi Amazon Entertainment ini tidak ternilai bagi kami, apatah lagi bagi mereka yang sedang mengalami musibah ketika ini. Kami berterima kasih juga kepada artis-artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, dan Erra Fazira yang akan meluangkan masa dalam inisiatif pengumpulan barang-barang sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir seperti pakaian, makanan kering, selimut, wang tunai dan lain lain pada 7 Januari 2015 kelak. Dengan niat murni Amazon Entertainment dalam mementaskan sirah kehidupan Rasulullah S.A.W, serta menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan, semoga usaha mereka memperoleh rahmat dan dimurahkan rezeki oleh-Nya, In Sha Allah.”

Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta ini menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, dan 15 orang pemuzik, serta 6 orang penyanyi latar. Selama pementasan teater muzikal agung ini, sebahagian daripada hasil penjualan tiket dari 3 hingga 6 Januari akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir. Manakala, hasil penjualan tiket pada 7 Januari serta barang-barang terkumpul pada hari tersebut akan disumbangkan kesemuanya kepada mangsa-mangsa banjir.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Teater Muzikal ‘Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta’ ini disamping beramal, menghulurkan bantuan dengan ikhlas kerana Allah Taala. Semoga segala sumbangan harta dan doa kita dikurniakanNya. Kepada mereka yang dermawan, juga boleh memberikan sumbangan dengan pemindahan wang tunai melalui Akaun Maybank Tabung Bencana NSTP-Media Prima, (5141-0532-0757) atau melalui penyaluran cek atas nama Tabung Bencana NSTP – Media Prima pada alamat “Group Corporate Communications Department, Media Prima Berhad, Level 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kanye West Releases ONLY ONE

TV9 Tayang Siaran Langsung Piala Asia AFC 2015